5 Nepo Baby Yang Mewarisi Bakat Ibu Bapa Berstatus Model - Glam Malaysia
5 Nepo Baby Yang Mewarisi Bakat Ibu Bapa Model

5 Nepo Baby Yang Mewarisi Bakat Ibu Bapa Berstatus Model

Tahun 90-an adalah zaman kegemilangan model di mana bintang seperti Tyson Beckford dan Cindy Crawford menguasai pentas peragaan.

Kini generasi baharu yang merupakan anak-anak mereka muncul di pentas peragaan selain menghiasi dada majalah dan kempen kecantikan. Antara model wanita terkenal adalah pasangan adik-beradik Gigi dan Bella Hadid serta Kaia Jordan Gerber.

Ini pula barisan model lelaki yang mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka

 

Jordan Beckford

Foto: John Parra/David M. Benett/Dave Benett/Getty Images

Anak kepada supermodel Tyson ini ditawarkan kontrak sebagai model oleh agensi Soul Artist Management. Baru tiga tahun menyertai dunia peragaan namun dia telah pun berjalan di pentas fesyen Tommy Hilfiger di Shanghai, muncul di Minggu Fesyen Paris dan membintangi pelbagai kempen berprofil tinggi. Dia juga terlibat dalam muzik industri, bahkan pernah menerbitkan muzik untuk salah satu kempen iklan cologne jenama bapanya, Orion Skye.

Tyson mengakui sangat beruntung kerana memiliki anak sematang Jordan. “Saya sangat berbangga kerana kebanyakan anak muda berusia 21 tahun masih tercari-cari arah tuju dalam hidup. Namun dia telah berjaya menemuinya.”

See also
Raisa: Bertumbuh dalam Kedewasaan

 

Presley Walker Gerber

Foto: Richard Drew/AP and Pascal Le Segretain/Getty Images

Selepas Kaia Gerber, giliran Presley pula menceburkan diri dalam bidang modeling. Dia mencipta nama dalam peragaan majalah dan pentas fesyen. Pada Januari 2018, Presley menyertai Kaia sebagai wajah kempen pengiklanan global Calvin Klein Jeans, kemudian berjalan untuk Balmain di Minggu Pentas Fesyen Paris 2018.

Ibunya, Cindy Crowford merupakan legenda dalam industri fesyen. Cindy mencipta nama dengan membintang komersil ikonik antaranya iklan Pepsi Diet serta menyertai pertunjukan fesyen ternama seperti Versace. Hasil usahanya, dia tersenarai dalam gabungan elit supermodel 80-an dan 90-an yang dikenali sebagai The Big Five sebaris dengan Naomi Campbell, Linda Evangelista, Claudia Schiffer, Christy Turlington, dan tidak lama kemudian Stephanie Seymour.

 

Anwar Hadid

Foto: Frederick M. Brown/Getty Images and Dimitrios Kambouris/Getty Images for Global Lyme Alliance and Joe Scarnici/Stringer/Getty Images for InStyle

Anwar menandatangani kontrak sebagai model bersama IMG Models, agensi yang menaungi dua kakaknya, Gigi dan Bella Hadid. Selama lima tahun dalam bidang peragaan, dia telah melakukan pelbagai sesi penggambaran bersama majalah terkenal antaranya VMAN dan Paper.

See also
10 Gaya Berpasangan Terbaik Amal Alamuddin & George Clooney

Ibunya, Yolanda Hadid memulakan kerjaya sebagai model di bawah naungan Ford Models. Dia berhijrah dari Netherlands ke New York City untuk melancarkan kerjayanya sebelum mendirikan rumah tangga bersama Mohamed Hadid.

 

Brooklyn Beckham

5 MODEL LELAKI YANG MEWARISI BAKAT IBU BAPA MEREKA

Foto: David M. Benett/Dave Benett/Getty Images

Pemain bola sepak profesional, David Beckham dan bekas ahli Spice Girl, Victoria Beckham telah bergelar model selama bertahun-tahun. Bakat mereka diwarisi oleh anak sulung, Brooklyn sejak 2014. Dia pernah muncul di pelbagai dada majalah anaranya Vogue China, T: The New York Times Style Magazine dan Interview. Brooklyn juga pernah menjadi model jenama fesyen British, Burberry dan menandatangani kontrak bersama agensi untuk melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan.

 

Dylan Jagger Lee

5 MODEL LELAKI YANG MEWARISI BAKAT IBU BAPA MEREKA

Foto: JP Yim/Stringer/Getty Images

Dylan dan ibunya, Pamela Anderson telah bekerjasama dengan pelbagai jenama besar dalam dunia peragaan. Sebelum membintangi filem Baywatch, Pamela mencipta nama sebagai model Playboy. Kini anak bongsunya, Dylan mengikuti jejak langkahnya dan menandatangani kontrak bersama Next Management. Dia juga menarik perhatian Pengarah Kreatif, Hedi Slimane yang memberinya tawaran hebat untuk membintangi kempen Saint Laurent.

See also
4 Bintang Ternama Menyaksikan Pelancaran Constellation Terbaru Omega, Manhattan

 

Foto: Getty Images

Baca: Ibu Berstatus Supermodel Dan Anak Ikut Jejak Langkah