Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSignes & Symboles memadukan motif matahari, bintang, singa dan bunga Camellia sebagai idea barang kemas terkini.
Dalam dunia Gabrielle Chanel, penuh dengan simbol yang membentuk daya kreativitinya. Setiap perjalanan hidup, memori serta kembara pastinya memberi idea kepadanya untuk menghasilkan sesuatu. Dalam hidupnya ada beberapa simbol penting. Empat yang terutama dan sering kali dikaitkan dengan Gabrielle Chanel adalah matahari kerana dia suka berlibur di kawasan laut tengah Mediterranean, bintang pula adalah kisah komet di langit malam tatkala dia membesar di Aubazine, singa merupakan haiwan yang melambangkan bintang zodiaknya dan terakhir adalah bunga Camellia yang ringkas dan nampak cukup sejati. Maka empat simbol ini membuahkan idea kepada kelahiran koleksi barang kemas terkini yang bertajuk Signes & Symboles oleh Chanel.

Ada 85 karya mewah dihasilkan dengan menggabungkan idea-idea simbol utama Gabrielle Chanel. Setiap barang kemas ini dilatari dengan material paling mewah lantas menjadikan sebagai stau koleksi barang kemas yang kompleks. Apa yang turut menjadikan ia sesuatu yang unik adalah pemilihan batu permata pelbagai rona seperti biru, jingga dan merah jambu. Setiapnya menyerlahkan lagi rasa harmoni pada barang kemas yang dipersembahkan oleh Chanel.

Karya paling utama buat koleksi terkini adalah rantai Imprimé lion yang mana rekaannya menggabungkan keempat-empat simbol penting Gabrielle Chanel. Terdapat berlian yang dipotong bentuk bintang, matahari, bunga Camellia dan kepala singa yang menghiasi rekaan ini. Paling gah adalah batu nilam 20.66 karat menjadi jantung utama kepada rantai mewah ini.



Gabriel Chanel yang lahir pada 19 Ogos berbintang Leo dan haiwan singa yang membawa simbol zodiak itu selalu dekat dengannya. Ada menghiasi ruang rumahnya dan menerpa pada fesyen. Cuma pada tahun 2012, Chanel mengabadikan haiwan ini pada koleksi barang kemas. Kini, singa kembali meraja pada himpunan barang kemas oleh Chanel. Antara yang menarik adalah seleksi barang kemas Lion Millénaire yang manda gabungan batu merah delima bersama oniks membawa aura lebih berani dan kontra. Cincin Lion Millénaire direka boleh dipakai dengan cara berbeza untuk memberi kebebasan gaya pada wanita.

Bintang adalah motif yang paling utuh di Chanel kerana himpunan barang kemas pertama dan yang hanya direka oleh Gabrielle Chanel bermotifkan komet. Bijoux de Diamants yang dipersembahkan oleh Gabrielle Chanel pada 1932 membawa perubahan moden dalam dunia barang kemas pada era itu. Kini ia tiba pada gaya cukup gah setanding idea berdekad yang lalu. Seperti gelang tangan Talisman Contrasté yang dihasilkan daripada emas putih, berlian, seramik dan oniks. Dengan bintang yang direka tidak simetri mencipta kontra ala Chanel.


Jika ditanya apakah bunga yang setia pada Chanel, pasti semua menjawab bunga Camellia. Gabrielle Chanel menjadikan bunga ini sebagai simbol utama pada jenamanya kerana sifat yang cukup murni, dengan kelopak putih. Walaupun tidak punya bau, ia masih mampu menarik mata yang melihat. Bunga ini berkembang mekar pada koleksi mewah terkini di Chanel. Paling gah antaranya adalah rantai Symbole Camélia yang menggunakan emas mawar merah dengan berlian merah jambu dan bunga Camellia menjadi jantung loketnya.
Artikel Berkaitan: Ini Cincin Perkahwinan Yang Menjadi Dambaan Wanita
Artikel Berkaitan
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Beg Tangan Coach Pilihan GLAM Buat Gaya Musim Panas Anda
Laufey Dalam Kilauan Koleksi Ruban Oleh Chanel
Pilihan Bacaan Seterusnya
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
