Most GLAM 2023: The Fashion Superstars! - Glam Malaysia

Most GLAM 2023: The Fashion Superstars!

Most GLAM 2023 membariskan wanita-wanita yang punya stail dan berkarakter dinamik selari dengan tema utama The Fashion Superstars.

Fesyen menjadi nadi utama buat GLAM dan buat tahun 2023, majalah glamor ini kembali kepada akar umbinya dalam meraikan wanita yang punya cita rasa stail yang hebat. Tahun ini Most GLAM 2023 menghimpunkan 10 wanita yang luar biasa dan mempunyai citra fesyen yang mengagumkan. Bukan sahaja mempunyai gaya tersendiri, malah mereka ini adalah wajah stail sekarang. Juita ini diangkat kerana mampu menzahirkan definisi baharu stail sekarang tanpa kompromi dengan apa yang warga luar mahukan. Kecekalan juita muda ini dalam menyelusuri jalan gaya ikut rentak mereka sendiri nyata memberi inspirasi kepada GLAM.

GLAM bersama Longines selaku penaja utama acara gilang gemilang ini membawa kan arus glamor yang mengikut era semasa. Dalam dunia cukup moden ini, wanita yang punya stail bukanlah dalam satu acuan yang sama. Mereka ini mempunyai identiti tersendiri juga cukup selesa dengan apa yang pertontonkan kepada khalayak. Maka, bintang-bintang inilah yang selayaknya diangkat dalam senarai The Fashion Superstars oleh GLAM. Nama yang diraikan buat Most GLAM 2023 adalah Amelia Henderson, Alicia Amin, Daiyan Trisha, Eyka Farhana, Jasmine Suraya, Nia Atasha, Shalma Ainaa, Ummi Nazeera, Vanizha Vasanthanathan dan Zahirah MacWilson.

See also
GLAM Persona: Most GLAM & Alpha Men 2021

Seperti setiap isu Most GLAM, pastinya kami akan cuba tampilkan sesuatu yang unik serta segar. Gambar dirakam dalam nada yang lebih elegan, lantas mampu mempamerkan kejelitaan moden yang dimiliki oleh bintang-bintang pilihan kami ini. Lensa Chuan Looi kembali beraksi buat GLAM, langsung memberi erti moden dalam setiap imej yang dihasilkan bersama garapan gaya idea oleh Pengarah Kecantikan, Julia Azman serta Pengarang Fesyen, Johan Kassim.

Idea quite luxury diketengahkan buat isu kali ini, selari juga dengan trend semasa yang mana wanita glamor sekarang tidak mahu lagi tampil berat dengan solekan dan dandanan yang berlebih-lebihan. GLAM berbesar hati mampu berkolaborasi bersama orang kreatif dunia kecantikan iaitu KF Bong, Sahir Sabri, Ckay Liow dan Yusof Ruzaimi bagi mencapai idea kecantikan yang elegan ini di lembaran Most GLAM 2023.

KENALI BINTANG MOST GLAM 2023

AMELIA HENDERSON – Pelakon & Pengacara

most glam 2023

GLAM adalah… Keluarga bagi saya kerana sudah banyak kerja yang kami lakukan bersama. Saya cukup bersyukur dengan sokongan yang diberikan.

See also
Kasino Jadi Medan Chanel Couture Fall 2015

ALICIA AMIN – Pelakon & Peragawati

Momen fesyen peribadi yang terpahat di hati?

Paling terpahat adalah dapat merakam kulit majalah bersama GLAM di dalam persalinan Chanel. Biarpun ketika itu masih di era pendamik, tetapi kita berjaya melaksanakan tugasan buat GLAM bersama.

DAIYAN TRISHA – Penyanyi, Pelakon & Pemuzik

Filem fesyen yang tersemat di hati kamu?

Semestinya yang ikonik adalah Clueless dan Devil Wears Prada. Gaya Alicia Silverstone buat filem Clueless cukup evergreen dan saya sangat sukakan Anne Hathaway. Cukup memberi rasa millennial!

EYKA FARHANA – Pelakon

most glam 2023

Siapakah wanita glamor di mata kamu?

Semestinya ibu saya! Dia akan sentiasa bersiap cantik dari solekan hingga ke pakaian. Sejak kecil lagi kami sudah dididik untuk bercantik dan kadang-kadang ibu akan bertanya mengapa kami adik beradik tidak mahu bersiap cantik!

JASMINE SURAYA – Pelakon & Pengacara

Jika diberi peluang untuk membeli belah bersama siapakah yang menjadi pilihan?

Yuna! Kerana saya sukakan stail penyanyi itu. Yuna mempunyai mata fesyen dan boleh memberi tahu apa yang cantik dan buruk buat saya.

NIA ATASHA – Pelakon & Peragawati

Ada jenama fesyen yang menarik perhatian kamu?

See also
10 Bintang Serikan Kempen La Luna Monogram Bonia

Sekarang ini saya cukup meminati rekaan di Saint Laurent. Kerana selain siluet yang edgy ia masih memberikan rasa feminin.

SHALMA AINAA – Pengacara & Usahanita

most glam 2023

Ada pembelian fesyen terbaru yang memberikan kesan?

Ada satu beg yang cukup istimewa daripada Chanel. Kerana saya baharu sahaja menonton dokumentari tentang Coco Chanel dan ia memberi inspirasi kepada saya. Apabila membeli beg itu, saya bukan hanya mendapatkannya kerana fesyen tetapi kisah legasi yang utuh disebalik jenama ini.

UMMI NAZEERA – Pelakon

Adakah selera fesyen kamu berubah?

Semestinya, apatah lagi sudah mengenakan hijab. Saya sekarang sukakan gaya yang lebih structured.

VANIZHA VASANTHANATHAN – Penari & Peragawati

Ada fashion faux pas yang kamu pelajari?

Perlu tahu untuk tidak bergaya terlalu kasual buat acara formal. Adalah sangat penting untuk tahu tema gaya yang ditetapkan buat setiap acara. Baca kad undangan dua kali untuk kepastian!

ZAHIRAH MACWILSON – Pelakon

most glam 2023

Elegan adalah… Nilai yang classy, anggun dan fasih dalam cara kita mempersembahkan diri kita sama ada melalui perilaku dan rupa.

Artikel Berkaitan: Inspirasi Gaya Terbaik Ke Majlis Black Tie