Sandal Marshmallow, Desain Unik Dari Givenchy
Sandal kian membangkit rasa teruja untuk digayakan semula. Mula dijadikan trend baharu, terutamanya di saat musim panas berkunjung. Beberapa rumah fesyen juga diperhatikan mengiat penciptaan sandal, lalu memunculkan ia sebagai aksesori utama untuk pentas peragaan.
Tambahan pula, sandal punya sifat ringkas, praktikal dan mudah disarungkan, bertepatan dengan kemahuan sekarang yang mahukan gaya selesa-selesa sahaja.
Menemani musim baharu, deretan sandal yang kemunculannya mendapat perhatian khusus di musim panas tahun 2021 bolehlah disemak sebelum liburan dimulai. Sungguhpun peluang berlibur belum menghampiri, namun tak salahnya untuk jadikan sandal Marshmallow dari Givenchy ini sebagai wishlist. Givenchy juga mahu peminatnya untuk berani bereksperimen gaya bersama sandal Marshmallow, yang mana tidak bertumpu untuk gaya liburan sahaja, malah disesuaikan dengan destinasi tujuan lain. Misalnya, pergi keluar kala hujung minggu atau sekadar duduk ‘effortlessly’ di rumah.

Givenchy mengikuti pendiriannya yang selalu menciptakan gaya tak terduga, seperti reka bentuk sandal Marshmallow yang tampak minimal, namun terdapat kesan artistik yang disematkan Givenchy secara halus. Nada minimal yang membentuk sandal ini bisa diterima dengan mudahnya, memberi ruang untuk bereksperimen dengan gaya yang pelbagai.
Sandal Marshmallow menyalin siluet ketradisionalan sandal dengan sentuhan seni, menyimbolkan era Matthew M. Williams untuk Givenchy. Kemewahan tersebut benar-benar melambangkan warisan rumah fesyen asal Paris itu.
Sandal Marshmallow tidak hanya bermain dengan ketebalan sol, permainan tali sandal yang empuk dan bersifat ringan ini menyuguhkan sesuatu yang sangat eksentrik. Sepatu sandal dengan bentuk chunky dapat menjadi alas kaki yang nyaman sekaligus bergaya.
Taburan warna asas dan material ‘thermoplastic’ yang selesa, menjadi salah satu alternatif pelengkap gaya terusan musim panas anda. Khusus wanita, dua bentuk yang ditawarkan Givenchy iaitu wedge dan flat. Seperti yang ditampilkan dalam salah satu imej kempen musim bunga/panas 2021 Givenchy.
Sandal Marshmallow adalah reka kasut yang bersifat inklusif pertama ciptaan Givenchy. Mencadangkan aksesori yang berkarakter playful, jiwa bebas yang terangkum gaya dari santai ke formal.
Artikel berkaitan: Wardrobe 02 Bottega Veneta Bersifat Joyful Dan Glamor
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




