Tiffany HardWear Beri Energi Edgy Pada Rose
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSIRI KEMPEN TERBARU KOLEKSI HARDWEAR OLEH TIFFANY & CO. DISERIKAN OLEH ROSE YANG MEMBAWA GAYA EDGY JUGA SARAT ENERGI.
Tahun lalu saru siri kempen Tiffany HardWear bersama bintang Blackpink, Rose dilancarkan secara global. Ia sebagai khabar untuk memberitahu yang gadis Korea ini adalah bintang terbaru jenama mewah New York. Berikutan kejayaan kempen itu, sekali lagi wajah global Tiffany & Co. ini dijemput untuk membintangi kempen koleksi Tiffany HardWear paling terkini. Kempen keduanya ini kekal memberi gaya edgy, setanding dengan rekaan Tiffany HardWear yang punya karakter berani. Rose mewah dalam setiap gambar yang dirakam oleh Mario Sorrenti.

Buat kempen terbaru HardWear ini, Rose menyarungkan rekaan yang paling terkini. Rangkai Tiffany HardWear yang diperbuat menggunakan titanium hitam berserta emas mawar 18K dan ditatah pula berlian mewah. Juga, eksklusif buat semua Rose turut dirakam dalam rekaan yang dipenuhi dengan berlian, hanya akan berada di pasaran pada penghujung tahun 2022. Selain itu, penyanyi ini juga dihiasi dengan koleksi klasik HardWear.

BERKENALAN DENGAN TIFFANY HARDWEAR
Pertama kali koleksi ini dipertontonkan adalah pada 2017, yang mana idea Tiffany HardWear diilhamkan daripada gelang tangan koleksi The Tiffany Archive. Gelang tangan itu direka pada 1971 dan bermain dengan bentuk industrial, satu lambang paling berharga buat kota New York. Ia juga adalah penghargaan Tiffany & Co. pada energi rebellious penduduk Big Apple. Olahan daripada gelang tangan itu, terhasilnya Tiffany HardWear yang direka lebih elegan dan sofistikated. Ia memancarkan ekspresi yang lebih berani serta semangat feminin yang membara menyimpulkan cerita disebalik rekaan Tiffany HardWear.
Pautan Berkenaan: Personaliti Dan Definisi Kebebasan #IAMLIBRE
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
