LARNEY Regal Raya 2026, Keanggunan Yang Berakar Pada Jiwa
Bersempena musim perayaan tahun ini, LARNEY Regal Raya 2026 tampil dengan koleksi terbaharu, Grace & Grounded, yang menampilkan rangkaian busana elegan dan eksklusif buat wanita moden. Koleksi ini bukan sekadar persalinan raya, tetapi juga meraikan keanggunan wanita yang hadir bersama kekuatan dan ketenangan dalam diri.
Melalui LARNEY Regal Raya 2026, setiap rekaan diolah dengan sentuhan klasik yang kekal relevan, menggabungkan potongan anggun dan perincian halus yang menyerlahkan keyakinan. Ia mengajak wanita menyambut Aidilfitri dengan gaya yang sofistikated, sambil menghargai keindahan hidup serta nilai tradisi yang sentiasa dekat di hati.
LARNEY merayakan jiwa anggun, teguh dan abadi

Jenama LARNEY menghiasi semula landskap fesyen dengan koleksi Grace & Grounded untuk Syawal 2026, sebuah cerminan keteguhan seseorang wanita dalam mengharungi onak duri kehidupan. Menampilkan metafora alam semula jadi, kempen terbaru LARNEY ini mengajak individu untuk menghargai keseimbangan hidup dan merayakan keanggunan yang berakar pada jiwa.
Dibingkai oleh sinaran cahaya keemasan dan keaslian alam, setiap gambaran menggabungkan ketahanan semesta dan kecantikan memikat seseorang wanita dalam mengharungi cabaran. Pengarah Kreatif dan Pengarah Urusan LARNEY, Zuhurah Zaibidi menggambarkan koleksi terbaru mereka ini adalah lebih daripada pesona sementara. Bersama naratif ‘Diamond in the Rough’ yang mengajak wanita untuk menghargai momen dan nadi kekuatan dalaman, rekaan eksklusif Grace & Grounded ini membawa modest fashion melalui lensa baharu. Menurut beliau, “Setiap helaian direka sebagai pusaka moden – bukan untuk satu musim, tetapi untuk dikenang dan diwarisi.’

Koleksi ini menghidupkan semula sentuhan tradisional bersama perincian klasik. Daripada butiran lace sulam hingga siluet yang menyerlahkan kesantunan, Grace & Grounded menonjolkan aura moden disempurnakan dengan esen mewah. Turut memperlihatkan fabrik ‘Luxe Comfort’ untuk keselesaan optimum, ia menjanjikan dandanan yang nyaman bersama sentuhan eksklusif.
LARNEY Regal Raya 2026 juga menghadirkan himpunan rona seperti merah hati, biru laut dan hijau gelap sebagai pilihan untuk Lebaran tahun ini. Selain itu, koleksi ini menawarkan pelbagai gaya dan siluet yang sesuai diperagakan untuk pelbagai suasana Raya seperti Rise Kurung Kedah, Coastal Kurung atau Breezy Kebaya.

Himpunan busana terbaru sempena Raya 2026 ini boleh didapati di laman sesawang www.larney.com.my dengan harga antara RM429 sehingga RM92, serta di butik fizikal LARNEY di Bangsar Shopping Centre, Parkson Elite Pavilion KL, Isetan KLCC dan Dataran Palma Ampang. Koleksi Regal Raya 2026 oleh LARNEY ini menjadi pelengkap gaya diiringi sentuhan sempurna yang menghargai keanggunan jiwa.
Artikel berkaitan: Skarf Terbaik Buat Sambutan Raya Tahun Ini
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
