Jisoo Terbitkan Sisi Whimsical Lady Dior - Glam Malaysia
jisoo

Jisoo Terbitkan Sisi Whimsical Lady Dior

Selalunya yang akan menjadi karakter Lady Dior adalah wanita elegan, sofistikated dan punya karakter yang sedikit formal. Beg harian ini lebih sinonim bersama perwatakan wanita sibuk di pejabat. Jisoo pula muncul mengubah aliran gaya itu dengan rentak sendiri. Penyanyi Korea itu mewujudkan gaya whimsical bersama beg Lady Dior. Dalam set seakan di rumah, dia menampakkan sisi eksentrik Lady Dior.

jisoo
jisoo

Jisoo cantik dalam helaian baru ilham Maria Grazia Chiuri buat Dior Cruise 2021. Setiap gayanya pula ditemani dengan beg Lady Dior yang pelbagai rekaan. Ada pilihan Lady Dior yang diserikan bersama ikon motif musim ini seperti kaleidoscopic ‘Luminarie’. Atau pilihan klasik kemasan matte berserta juntaian ABCDior pada beg dalam rona senada.

Mengenali Lady Dior, ia adalah beg yang direka pada 1994 oleh Gianfranco Ferre buat Dior. Serta menjadi kegilaan wanita Perancis sehingga beg ini mencuri perhatian Diana. Terus beg yang dipanggil pada mulanya Chouchou ditukar nama pada Lady Dior kerana Diana sering menjinjit beg Dior ini pada acara formal. Ia direka dengan fesyen kod penting Dior yakni cannage pada permukaan beg dan ditambah seri DIOR pada pemegangnya. Kini Lady Dior telah dilahirkan semula dengan pelbagai saiz dan material mengikut trend dan koleksi semasa di Dior. Juga ada pameran khas untuk meraikan beg ikonik ini berjudul Lady Dior Art ilham Grazia Chiuri.

jisoo

Pautan Berkenaan: Dior Cruise 2021 Beri Tabik Fesyen Pada Puglia

See also
Legasi Timeless Roger Vivier Memartabatkan Jiwa Wanita Moden