Scha Alyahya & 9 Lagi Selebriti Bersinar Di Festival Filem Venice 2023
Dengan mogok SAG-AFTRA yang masih berjalan, Festival Filem Venice 2023 tampil sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Berlangsung dari 30 Ogos hingga 9 September, acara tahun ini dilihat kurang meriah. Ramai selebriti terkenal tidak muncul di Festival Filem Venice kerana peraturan mogok menghalang mereka mempromosi sebarang projek semasa, masa lalu atau akan datang.
Bagaimanapun acara karpet merah tidak sepi daripada bakat-bakat filem bebas dan beberapa bintang kelas-A yang diberi pengecualian daripada mogok tersebut. Kebanyakannya hadir dalam persalinan mempesona, segak dan memukau mata.
Glam kongsikan beberapa stail selebriti yang mencuri perhatian di karpet merah Festival Filem Venice ke-80
Scha Alyahya
Jelitawan ini tampil persis dewi di karpet merah dalam gaun putih satin berperincian manik daripada pereka tempatan, Alia Bustamam. Anting-anting dempak dan sarung tangan jarang melengkapkan penampilannya yang anggun. Scha Alyahya diterbangkan ke Venice, Itali oleh Armani Beauty untuk memberi sokongan kepada filem Poor Things lakonan Emma Stone dan Mark Ruffalo.

Patrick Dempsey
‘Dr. McDreamy’ muncul di karpet merah Festival Filem Venice ke-80 sempena filem terbarunya, Ferrari. Maskulinitinya terserlah dalam sut berjalur biru kelasi Brunello Cucinelli yang dipadankan bersama kemeja-T rona beige dan kasut rona coklat.

Amal Alamuddin
Isteri kepada aktor George Clooney ini tidak pernah kalah bergaya di acara karpet merah. Kali ini dia menyarung gaun nude-pink Dior rekaan John Galliano.

Jacob Elordi
Kemunculan bintang Priscilla ini mencuri perhatian lensa kamera. Jacob Elordi kelihatan amat segak dalam kemeja hitam dan sut kelabu Bottega Veneta.

Jessica Chastain
Berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, aktres ini memilih untuk menyarungkan sut pada acara tahun ini. Jessica Chastain berjaya mencuri perhatian dalam blazer sulaman bunga berperincian manik dan celana sarat labuci rekaan Giorgio Armani.
![]()
Rege-Jean Page
Aktor Bridgerton ini menyerikan karpet merah Festival Filem Venice dengan penampilan ringkas namun glamor dalam tuksedo hitam Giorgio Armani.
![]()
Lili Reinhart
Bintang Riverdale ini menyarung gaun mewah berkilauan rona krim yang menyerlahkan aura Hollywood klasik. Gayanya disempurnakan dengan rantai berlian berlapis dan sepatu sepadan.

Jesse Williams
Segak dan bergaya, Jesse Williams menyarung sut biru indigo yang dipadankan bersama kemeja putih, tali leher kupu-kupu biru floss dan kasut rona hitam.
![]()
Kate Beckinsale
Aktres ini tampil hangat di karpet merah dalam persalinan Georges Chakra Couture yang terdiri daripada kaftan mewah jarang bersama kolar dan juraian emas di bahagian lengan dan bawah baju. Tidak lupa juga sut badan berkilauan sepadan yang disarungnya. Kasut tumit tinggi dan barang kemas Chopard melengkapkan penampilan Kate Beckinsale.
![]()
Adam Driver
Muncul di karpet merah Festival Filem Venice dalam sut klasik, Adam Driver berjaya menangkap intipati Venice dengan sempurna. Dia kelihatan begitu segak dalam sut hitam putih Itali yang menampilkan lapel lebar dengan sentuhan elegan kasual.

Foto: Getty Images
Baca: 30 Fesyen Paling Diingati Di Karpet Merah Festival Filem Venice
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
