Jenama aksesori penuh warna ceria, Frankitas membahaskan mengenai keunggulan estetika tekstil buatan tangan. Konsep berkenaan dikomersilkan agar seni warisan ini kekal bernafas sampai bila-bila.
Tertarik dengan nama Frankitas. Adakah ia gabungan istimewa nama anda?
Ya, Frankitas adalah kombinasi nama saya, Franki dan Tas pula dipilih berdasarkan maksud beg dalam kamus Indonesia. Untuk pengetahuan anda, saya mempunyai darah dari seberang. Jenama ini, bukan sekadar melengkapkan galaksi fesyen semata, tetapi untuk menghargai warisan seni tekstil buatan tangan juga pada artisannya. Hasil kerja mereka saya olahkan mengikut kesesuaian beg, aksesori serta perhiasan rumah Frankitas. Maka dengan ini turut membuktikan bahawa tekstil tradisional masih lagi relevan bersama sentuhan kontemporari serta kemasan vintaj.
Fabriknya juga dari Indonesia?
Selain Indonesia, ada juga fabrik yang diperolehi dari Malaysia, Uzbekistan, Turki, India dan juga Afrika.
Apakah bentuk kolaborasi akan datang?
Gabungan idea bersama pereka fesyen untuk himpunan pakaian dan juga sedang dalam perbincangan bersama NGO di Afghanistan, pereka hiasan dalaman di Amerika Syarikat dan juga pereka fesyen di Eropah.
Berapa lama Frankitas sudah berada di pasaran?
Lebih kurang 17 bulan dan koleksi pertama kami diberi nama Titin sempena nama ibu saudara saya, Titin Martini yang membuat beg berkenaan. Selain di Malaysia, Frankitas sudah terjual di Singapura dan Maldives.
Perancangan masa hadapan?
Kami mempunyai empat misi utama tahun ini. Pertama, untuk mengembangkan pasaran ke Eropah, Australia dan Amerika Syarikat. Kemudian, mahu mempunyai lebih banyak rangkaian untuk aksesori juga home. Ketiga, mahu melanjutkan perbincangan kami berkenaan dengan kolaborasi yang telah dirancang sejak tahun lepas. Akhir sekali mahu memperbanyakkan lagi fabrik dari pelbagai pelusuk dunia. One we can reveal already is Afghanistan.
[soliloquy id=”50440″]
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

