Gaya Selebriti Wanita Di Karpet Merah Anugerah MTV VMAs
Anugerah MTV VMAs telah kembali dan sempena ulang tahun mereka yang ke-40, VMAs mempersembahkan budaya pop dan fesyen selebriti yang pelbagai.
Acara anugerah berprestij ini diadakan di Long Island, New York pada 11 September 2024 dan dihadiri selebriti-selebriti ternama dalam industri muzik. Tahun ini, gaya selebriti di karpet merah berjanji akan menyajikan visual yang memukau. Penampilan dari selebriti seperti Chappell Roan, Sabrina Carpenter, Lisa dan banyak lagi memeriahkan lagi acara tahunan ini.
Malam anugerah ini dipandu oleh Megan Thee Stallion, yang pasti akan membawa gaya hot girl-nya ke panggung. Dengan nominasi yang dipenuhi oleh bintang-bintang seperti Taylor Swift dan Ariana Grande, penampilan karpet merah mereka juga sangat memukau. Gaya statement telah menjadi sebahagian penting dari VMAs, sama halnya dengan penampilan-penampilan yang hebat oleh selebriti wanita yang menghadiri acara ini.
Taylor Swift mendominasi malam itu dengan meraih tujuh penghargaan Moonman dari 12 nominasi yang diterima olehnya. Antaranya ialah Artist of The Year dan Song of The Summer. Pencapaian ini sangat signifikan karena dia berhasil melampaui rekod Beyoncé untuk kemenangan solo terbanyak di VMAs, mencapai 30 kemenangan dibandingkan 26 milik Beyoncé. Selain itu, Swift menjadi artis pertama yang memenangi anugerah Video of The Year sebanyak lima kali. Dalam acara VMAs tahun ini, Lisa pertama kali tampil di panggung dengan penampilan lagu solo terbarunya, “New Woman” dan “Rockstar.” Mengenakan pakaian kulit merah yang mencolok, bintang Thailand ini memukau penonton. Dua tahun setelah Lisa dan anggota BLACKPINK mencuri perhatian di MTV VMAs 2022, anggota termuda kumpulan tersebut kembali untuk menguasai VMAs sekali lagi. Kali ini, tujuannya tidak hanya untuk mewakili BLACKPINK. Lisa juga hadir untuk mengukuhkan karier solonya dengan meraih penghargaan K-Pop Terbaik untuk kedua kalinya.
Gaya Karpet Merah Selebriti Wanita Di Anugerah VMAs
Gaya karpet merah selebriti-selebriti wanita dihiasi dengan pelbagai gaya fesyen dan kreativiti. Jenama yang ternama seperti, Mugler, Versace, Christian Dior dan Tony Ward Couture dilihat pada acara karpet merah VMAs malam itu. Berikut adalah antara gaya selebriti wanita di karpet merah anugerah MTV VMAs.
#1 LISA

#2 Sabrina Carpenter

#3 Chappell Roan

#4 Taylor Swift

#5 Camila Cabello

#6 Megan Thee Stallion

#7 Tyla

Gaya karpet merah oleh wanita-wanita hebat ini memukau orang ramai dan menjadi bualan sepanjang majlis itu berlangsung, hinggalah selepas majlis itu tamat.
Pautan Berkaitan: Fesyen Terhangat Di Karpet Merah Festival Filem Venice 2024
Artikel Berkaitan
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
