Glam Profil: Rowan Ooi - Glam Malaysia
GLAM Profil, Rowan Ooi 01

Glam Profil: Rowan Ooi

Pengasas jenama MyJn Jewellery, menukar pemahaman kita fasal industri barang kemas. ‘Emerging Brands’ ini membuktikan dunia barang kemas tidak lagi bercorak tradisional. Bahkan sudah mula meraih profil pelanggan baharu.

pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AMIIRUL ARIFIN penulis ARDI IDEWANI gambar ROBIN YONG/ONE3FOUR STUDIO solekan KF BONG dandanan JUNO KO

Kata orang, hati hendak semua jadi. Tiada apa yang boleh menunda harapannya. Usia muda yang terisi dengan kematangan membuatkan dirinya berani menyongsong arus. Segalanya bertitik tolak daripada niat mahu mengumpul duit. “Saya jual barang di atas talian semasa muda dahulu. Tidak menggunakan mana-mana platform beli-belah atas talian. Jual apa sahaja, asalkan dapat untung,” jelas Rowan Ooi pengasas jenama MyJn Jewellery. Ketika anak-anak muda lain bersenang-senang, Rowan gigih mencari wang. Rasional atau tidak rasional bukan lagi menjadi perhitungan Rowan. Dia memang berkehendak untuk bekerja serta mengumpul wang.

GLAM Profil, Rowan Ooi 02

PENGASAS LABEL AKSESORI MYJN TM DAN CUÜN, ROWAN OOI MENGAYAKAN KEMEJA POLO, BLAZER DAN SELUAR DENIM KREASI BRUNELLO CUCINELLI.

Ketika belajar di universiti, Rowan sempat ‘merasa’ bekerja dengan orang. “Belajar di universiti seraya bekerja. Ketika belajar di universiti dahulu, saya memilih untuk ‘menyerap’ empat silibus sekaligus dalam satu semester. Kerana saya sedapat mungkin mahu tamat belajar dalam masa yang singkat. Pada masa itu, saya juga sudah mengeset bila waktu kerja, bila waktu ke kelas dan sebagainya,” sambung Rowan kepada kami. Dia ke pejabat seawal jam sepuluh lagi dan terkadang pulang lewat kerana menemani bos. Sambil-sambil itu, dia tidak mengesampingkan pembelajarannya.

I WANT TO HUSTLE — ROWAN OOI

Namun, budaya kerja pulang lewat dan hampir setiap hari makan lewat malam bersama bos tidak menjanjikan kelazatan hidup. Bagai diikat dengan sehasta tali. Sering kali dengan bos, bekerja sehingga melupakan waktu dan keseimbangan hidup terjejas. Lalu, Rowan bercadang untuk menoktahi dunia pekerjaan tersebut. Kerana bagi Rowan, sungguhpun rajin bekerja seraya belajar, work-life balance perlu ada dan tidaklah sampai mahu menyanggupi segala permintaan kerja.

GLAM Profil, Rowan Ooi 03

ROWAN MENYARUNGKAN SEPERSALINAN SUIT WOOL KREASI BRUNELLO CUCINELLI, RANTAI BUTIRAN BATU DARI CUÜN DAN WALLET MONOGRAM LOUIS VUITTON MILIKNYA.

“Saya berhenti bekerja di syarikat tersebut. Tetapi, pembelajaran tetap diteruskan dan tidak diketepikan. Oleh kerana tidak betah duduk diam dan masih mahu ‘bekerja’, saya memberanikan diri untuk menjalankan bisnes sendiri. Jadi lahirlah MyJn Jewellery.”

See also
Cover GLAM 2015 Pilihan Anda

Baca lanjut dalam GLAM Oktober 2022.

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Gillian Hung