5 Sneaker Terbaik Untuk Tahun 2024

5 Sneaker Terbaik Untuk Tahun 2024

Sneaker terbaik untuk wanita bukan hanya terletak berdasarkan pembelian yang paling laris. Pada sesetengah wanita, anda mungkin lebih cenderung kepada kasut tumit tinggi atau mempunyai koleksi loafers dan balet flat. Tetapi suatu masa nanti akan tiba rasa apabila anda akan menginginkan koleksi sneaker buat wadrobe anda.

Sneaker untuk wanita ialah sebuah kasut yang cukup simple dan sesuai dipadankan dengan apa jua sarungan sekalipun, tidak kiralah anda sukakan yang klasik atau desain yang timeless. Tip GLAM dalam pemilihan sneaker terbaik adalah melalui cari gaya yang anda suka, baik yang sporty atau chunky, dan kemudian lihat pula pada colorway dan material kasut.

5 Sneaker Terbaik Untuk Tahun 2024

Daripada gaya rekaan yang diidamkan kepada klasik selama-lamanya, pilihlah kasut di bawah untuk wanita yang tidak mahu gaya ketinggalan zaman.

1. Material Kulit

Sneaker berkulit sentiasa menjadi pilihan permulaan yang bagus. Material kulit akan menjadi lebih baik seiring usia, serta menawarkan padanan yang selesa dan bergaya. Gaya kulit menjalankan gamut dari segi harga untuk pilihan mampu milik, boleh melihat kepada Veja. Jika anda ingin mencuba daripada pereka mewah, kasut sneaker daripada Saint Laurent Court Classic Low-Top merupakah contoh desain yang ikonik.

See also
"Shades Of Red", Giorgio Armani Tampilkan Koleksi Lunar 2021

 

2. Retro

Pereka kasut hari ini telah meninjau semula kasut yang diilhamkan vintaj. Ramai yang kini mencipta kasut yang bersiluet sempit kemudian meruncing di kaki bagi mencipta efek rupa memanjang. Jika ditanya kami di GLAM, sudah pasti kami amat menyukai desain daripada Loewe dan Onitsuka Tiger!

 

3. Chic Girl

Sama ada anda menganggapnya gorpcore atau sporty chic, pencinta street style menyukai kasut yang praktikal dan sangat selesa untuk dipakai setiap hari. New Balance, Asics dan Solomon cenderung menjadi yang paling popular dalam kategori ini, harganya yang berpatutan membuatkan ramai yang menggemarinya!

 

4. Old-School

Anda mungkin masih ingat kasut kanvas sebagai kasut tennis OG. Hari ini, anda akan dapat menyaksikan fabrik breathable banyak digabungkan dalam pelbagai gaya. Buat pencinta kemewahan yang tenang, pastinya anda akan menggemari gaya kasut daripada jenama Jil Sander.

See also
Pereka Mendiskriminasi Ashley Graham Kerana Badannya

 

5. Slip On

Untuk anda yang lebih memerlukan sneaker yang mudah dan pantas, semestinya sneaker slip on. Buat anda yang inginkan pengalaman lebih mewah buat gaya remaja hari ini, anda boleh mencuba gaya M.Gemi dan The Row yang hadir dengan reka bentuk minimalis yang mudah.

 

Baca lebih lanjut: 7 Kasut Setiap Wanita Perlu Miliki