Magnifica Collection Berekaan Kompleks, Berbatu Indah
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioBvlgari baharu lancar Magnifica Collection, yang mana satu himpunan barang kemas mewah serta koleksi jam tangan termewah dengan meraikan DNA Roman Maison ini!
Jika dibanding barangan kemas Bvlgari bersama jenama mewah lain, Bvlgari lebih arif tentang penggunaan batu-batu berlian berona indah. Amat mudah bagi saya, untuk meneka barangan kemas yang dipakai oleh VIP kota tatkala mereka keluar ke acara glamor. Jika berbatu besar dalam pelbagai rona, pastinya dibeli di Bvlgari. Mereka ini antara yang berani bergaya dalam berlian berona pop, tidak mahu nampak biasa dalam kerlipan yang sama. DNA ini menjadi kuat di Bvlgari dan terus di raikan sehingga kini. Paling terbaru, Bvlgari melancarkan himpunan barang kemas dan jam tangan termewah yang diberikan nama Magnifica!

Satu daya kreativiti yang tertinggi buat Magnifica Collection dalam melahirkan himpunan barang kemas termewah. Terkumpul 137 tahun dalam kemahiran seni tukang barang kemas, dipergunakan dalam setiap cetusan rekaan kali ini. Koleksi magnifica ini menggunakan butir berlian berona yang paling jarang ditemui. Seperti batu kaboson Kolombia hijau seberat 93 karat. Ia digunakan untuk rekaan rantai yang menyerupai ular, satu simbol haiwan penting buat Bvlgari. Selain itu, ada juga lima batu Paraiba potongan bujur seberat 500 caratyang dijadikan perhiasan rantai, menyuntik ilham daripada laut Mediterranean.
Koleksi ini menggunakan pasukan jauhari Bvlgari di Roma yang menggabungkan seni tangan yang cukup rumit. Setaip butik barang kemas yang direka pula memerlukan lebih 2500 jam untuk disiapkan sepenuhnya. Ia cukup memberi simbol seni tertinggi pada himpunan baru Bvlgari. Nyatanya juga setanding dengan idola buat koleksi nan satu ini. Para wanita yang fearless dan berani! Bagi menyemarakkan lagi koleksi ini, satu pertunjukan dipertontonkan pada 21 Jun, 8.30 malam di laman web utama Bvlgari.
Pautan Berkenaan: Olena, Memupuk Kelestarian Rekaan Barang Kemas
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.






