Kempen Fesyen FENDI S/S 2021 - Glam Malaysia

Kempen Fesyen FENDI S/S 2021

The new season has begun! FENDI musim bunga/panas 2021 dihangatkan lagi dengan pelancaran kempen fesyen baharu yang menampilkan rekaan hasil kerja Silvia Venturini Fendi. Koleksi yang paling ditunggu-tunggu musim ini, telah tiba buat tatapan peminat FENDI. Kempen fesyen yang cukup ‘sederhana’ penghasilan dalam pemilihan konsepnya, merupakan hasil tangkap jurugambar, Nick Knight. Yang bertempat di studionya di London.

Sesuatu yang segar disaksikan melalui penerbitan kempen fesyen musim ini. Set yang intim dipersembahkan, menyaksikan dua dunia yang berbeza-beza, namun saling berhadapan dalam perspektif yang berbeza. Dari dalam melihat ke luar, yang luar melihat ke dalam. Umpama dua dunia yang bertentangan berkongsi satu paksi yang sama. Terdapat pelbagai tafsiran atau buah fikiran yang boleh tercetus pabila mengamati konsep kempen fesyen kali ini. Set turut ‘ditemani’ paparan tingkap secara digital berpanorama dunia luar, yang menyaksikan pemandangan langit indah di atas ibu pejabat FENDI yang berlokasikan di Palazzo della Civilta Italiana.

See also
GLAM 101: Yves Saint Laurent

Penghasilan set yang serba segar menyimbolkan inspirasi dan palet warna koleksi FENDI musim bunga/panas 2020. Menonjolkan warna utama seperti putih, kuning cair dan brown, berpaksikan warna utama lain iaitu merah dan biru cair. Look utama ditampilkan dalam kempen fesyen musim ini dengan penampilan model-model masa kini, misalnya, Mariacarla Boscono, Estelle Chen dan beberapa lagi.

Bagi melengkapi keseluruhan look, tas ikonik FENDI, PeekabooISeeU- diperhebatkan lagi dengan butiran aksesori FENDI X CHAOS. Tas Baguette khusus wanita juga mendukung ‘watak’ penting dalam penciptaan kempen baharu tersebut. Sama seperti rangkaian beg Moonlight yang diberi rupa dan reka bentuk baharu. New season, new look, bukan?

Istimewa untuk musim baharu, sebanyak 10 imej kempen telah dihasilkan. Disekalikan juga, sempena pengenalan kepada koleksi kaca mata yang baharu. Kesemua imej kempen akan ‘debut’ di pelbagai majalah utama seluruh dunia.

Artikel berkaitan: Charlotte Casiraghi Duta Baru Chanel