Kisah Pengembara Moden Yang Versatil
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioIkuti kisah kelompok pengembara yang punya wardrobe cukup moden dan versatil melalui kempen akhir tahun ilham Fendi. Buat jenama Itali ini, mereka menjulang logo FENDI Roma sebagai watak utama. Lantas, hampir semua dihiasi dengan logo ini. Gabungan baju kait dengan logo FENDI Roma dipadankan bersama skirt. Atau pilihan seperti ceraian tracksuit yang bersifat lebih relaks memenuhi kehendak wanita kini. Buat jejaka pula Fendi taruhkan jaket puffer dalam rona kuning klasiknya. Lilitkan sahaja skarf untuk menambah kehangatan hujung tahun. Menambah kemewahan gaya kembara, ada barang kemas emas yang mengangkat logo FF. Pilihan daripada subang atau rantai yang boleh dipakai menjadi hiasan pinggang!


Pautan berkenaan: Aksesori Gajet Fendi x Chaos Buat Wanita Cool
Paling menarik di mata GLAM adalah koleksi kulit yang diinspirasikan daripada bekas beg jualan Fendi. Pertama kali dipertontonkan pada acara pertunjukan Fendi musim luruh 2021 koleksi lelaki dan kini diangkat sebagai fokus utama. Himpunan Shopping Bag oleh Fendi bukan sahaja tampil dalam rona kuning terang, ada juga pilihan dalam palet merah jambu cair. Ia menggunakan material kulit lembut untuk menghidupkan kemasan beg beli belah sebenar Fendi. Ia menzahirkan kisah pengembara moden yang bijak dalam hal mengemas bagasi mereka.



Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
