FENDI C'Mon Beg Satchel Kraftangan Terbaik Rumah Fesyen Ini

FENDI Lancarkan Tas Tangan Idaman Wanita FENDI C’mon

FENDI memperkenalkan C’mon, beg satchel yang meraikan kraftangan kulit terbaik rumah fesyen ini, diinspirasikan daripada koleksi musim luruh/sejuk 2023-24 Fendi. 

FENDI C’mon menampilkan rekaan minimal yang menumpu kepada proses ketukangan penuh teliti. Malah beg ini memerlukan kepakaran artisan yang terbaik.

Bentuknya yang feminin juga dilengkapi dengan logo FF dalam logam emas vintaj sebagai penutup flap magnetik untuk signatur tas tangan yang berani.

fendi c'mon

Mengapa Kami Cinta FENDI C’Mon

FENDI C’mon boleh didapati dalam tiga saiz, setiap satu mempunyai ciri yang unik. Saiz Medium menampilkan flap kulit licin dengan kemasan berkilat manakala bahagian tepinya diperbuat daripada grained leather.

Sementara itu, Saiz Small direka sepenuhnya daripada kulit anak lembu separa berkilat yang sama dan mempunyai butiran kulit timbul dan poket belakang yang serba boleh.

Versi Nano yang kecil adalah tambahan yang menawan serta menambah sentuhan yang menyeronokkan bagi setiap penampilan. Nano FENDI C’mon juga sesuai menjadi beg tali pinggang yang berfungsi untuk dipakai di pinggang.

See also
Loewe Fall/Winter 2015

fendi c'mon

Beg ini mempunyai identiti yang sangat kuat. FENDI C’mon boleh dipadankan dalam penampilan tidak kira siang mahupun malam kerana daya tarikan estetik dan serba bolehnya. Bukan itu sahaja, tali kulit beg ini juga boleh ditanggal dan adjustable, berfungsi untuk pakaian silang atau di bahu.

Tas tangan ini juga hadir dalam rona elegan seperti neutral beige yang klasik hingga versi kulit putih dan hitam. Manakala rona Ciclamino fuchsia dan gaya FF jacquard ikonik yang memberi penghormatan kepada warisan jenama ini.

Setiap tas tangan ini juga dilengkapkan dengan croco flap mewah yang berkilat membuktikan jenama ini sememangnya mengutamakan kraftangan berkualiti tinggi tanpa tandingan lagi.

Artikel Berkaitan : Kempen Heritage MCM AW23 Dibintangi Oleh Cindy Crawford