Fesyen Selebriti Di Karpet Kuning Tayangan Argylle - Glam Malaysia
Fesyen Selebriti Di Karpet Kuning Tayangan Filem Argylle

Fesyen Selebriti Di Karpet Kuning Tayangan Argylle

Kota London hangat dengan kemunculan bintang Hollywood di acara tayangan perdana filem terbaru, Argylle beberapa hari lalu.

Bertempat di Odeon Luxe Leicester, barisan pelakon tampil dalam persalinan memukau dan mencuri perhatian. Selain mempromosi filem, mereka berkesempatan beramah mesra dengan para peminat yang hadir memberi sokongan padu.

Filem komedi aksi penyiasatan ini dibintangi oleh nama-nama besar Hollywood seperti Henry Cavill, Dua Lipa dan Bryce Dallas Howard. Tidak lupa juga Samuel L Jackson, Catherine O’Hara, Sam Rockwell dan Ariana DeBose. Diterbit dan diarahkan oleh Matthew Vaughn, ia bakal menemui penonton pada 2 Februari 2024.

Argylle berkisar tentang novel terlaris pengarang terkenal, Elly Conway mengenai ejen rahsia bernama Argylle yang sedang dalam misi untuk membongkar sindiket pengintipan global. Bagaimanapun garis antara fiksyen dan realiti menjadi kabur setelah plot novelnya mula mencerminkan aktiviti rahsia organisasi pengintip dalam kehidupan sebenar.

Ayuh lihat gaya bintang Argylle di acara tayangan perdana

Henry Cavill hadir bersama teman wanita, Natalie Viscuso

See also
25 Stail Selebriti Terbaik Di Independent Spirit Awards 2024

gaya selebriti di tayangan perdana Argylle

Bryce Dallas Howard

gaya selebriti di tayangan perdana Argylle

Samuel L. Jackson

gaya selebriti di tayangan perdana Argylle

Dua Lipa

gaya selebriti di tayangan perdana Argylle

Bryan Cranston

gaya selebriti di tayangan perdana Argylle

Ariana DeBose

gaya selebriti di tayangan perdana Argylle

John Cena ditemani isteri, Shay Shariatzadeh di tayangan Argylle

gaya selebriti di tayangan perdana Argylle

Claudia Schiffer

Sam Rockwell

Sofia Boutella

Louis Partridge

Laura Whitmore

Rob Delaney

Foto: Page Six/Getty Images

Baca: 20 Gaya Terbaik Selebriti Di Tayangan Perdana Filem Barbie