Temu Bual Eksklusif: Andrew Tan Untuk KLFW 2023
KLFW 2023

Eksklusif Bersama Andrew Tan, Bicara KLFW 2023

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2023) kini kembali untuk tahun ke-11 dan bakal berlangsung bermula 21 sehingga 27 Ogos ini!

Tahun 2023 menjanjikan sebuah pengalaman baharu buat penggemar fesyen yang menantikan acara highlight tahunan ini. KLFW kembali untuk tahun yang ke-11 dan kali ini menampilkan konsep lain daripada yang lain. Mempersembahkan 50 pereka dan jenama yang akan mempersembahkan koleksi ready-to-wear mereka dan yang menariknya acara minggu fesyen ini akan berlangsung selama 7 hari di 7 lokasi berbeza. KLFW seperti yang semua tahu, adalah merupakan sebuah acara yang diadakan bagi memberi ruang kepada pereka lokal dalam mengetengahkan bakat serta berkongsi koleksi terkini mereka dengan lebih meluas lagi.

KLFW 2023

Setelah sedekad memperjuangkan industri fesyen dan membentuk seperti apa yang kita saksikan hari ini, tahun ini KLFW utuh diteruskan dengan format baharu. Format dan konsep baharu yang mana pemilihan 7 lokasi berbeza untuk 7 hari minggu fesyen ini dilakukan adalah bertujuan untuk meraih pengalaman yang lebih bermakna buat pereka dan tetamu yang hadir di kala menyaksikan setiap pertunjukan nanti. Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan, berkongsi,

“Sejak penubuhan kami pada tahun 2013, kami bernasib baik dalam memperjuangkan inisiatif kami ini dengan lebih meluas, ini semua kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi kami terima daripada para pereka, penaja, rakan kongsi dan sudah tentu komuniti celik fesyen di Malaysia. Untuk KLFW 2023 ini, visi kami adalah untuk mengurangkan cabaran, statik serta bunyi-bunyian tidak diingini dan memastikan tumpuan kekal kembali kepada reka bentuk, kreativiti dan keinginan dalam memajukan industri fesyen.”

GLAM sempat menemu bual dengan lebih eksklusif bersama Andrew berbicara dengan lebih lanjut tentang KLFW 2023.

Sejenak Bersama Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW)

KLFW 2023

1- Apakah pembaharuan yang anda ingin tonjolkan buat KLFW 2023?

KLFW 2023 bakal menjadi tahun paling radikal kami, di mana kami meraikan 7 hari fesyen di 7 lokasi berbeza sekitar bandar Kuala Lumpur. Ia akan menjadi pertunjukan minggu fesyen pertama kami yang diadakan di pelbagai tempat dan dilakukan lebih daripada jadual 5 hari konvensional kami seperti tahun sebelum ini. Dengan format yang lebih segar ini, kami berharap dapat memberikan tahap keintiman yang lebih eksklusif serta pengalaman yang lebih bermakna kepada pereka dan tetamu yang hadir. Daripada segi jadual dan senarai pereka yang bakal membuat pertunjukan ini, anda sendiri akan dapat saksikan barisan pereka baharu, pereka sedia ada yang kami sayangi juga beberapa label popular yang sebelum ini berehat kini tampil kembali beraksi.

See also
Seán McGirr Pengarah Kreatif Baharu Alexander McQueen

2- Bagaimana anda memilih pereka fesyen untuk dipersembahkan di KLFW setiap tahun? Adakah pemilihan KLFW 2023 juga berbeza berbanding tahun sebelumnya?

We select them based on the ‘unspoken’ style rule of KLFW, cita-cita kreatif yang digabungkan dengan kebijaksanaan komersil berserta suntikan keinginan pereka itu sendiri dalam mencabar inovasi serta kreativiti mereka. Hasilnya itu adalah buat pembeli dan pengguna fesyen sendiri.

3- Anda sudah mengetuai KLFW bertahun lamanya, apakah perubahan yang anda telah lihat semenjak permulaan ditubuhkan hinggalah ke hari ini?

Sememangnya kami melihat banyak perubahan berlaku terutama sekali dalam cara pereka-pereka ini bekerja sepanjang penubuhan KLFW. Saban tahun, ada sahaja pelbagai inovasi dan idea baharu yang membuatkan kami rasa teruja dan terkesima yang ditampilkan pereka dan team mereka yang rata-rata datang daripada pelbagai generasi ini. Disamping itu juga, team kami sendiri, telah menyambut beberapa ahli baharu yang banyak membantu kami untuk kekal relevan dan segar. Boleh saya katakan, generasi baharu ini penuh dengan idea, keazaman, sangat bijak dalam penggunaan teknologi dan keinginan mereka dalam mencuba sesuatu yang baharu dan berbeza.

See also
Gemparan Koleksi Robert Wun Puncak Keajaiban Couture Menggoncang Dunia Fesyen

KLFW 2023

4- Mengapa KLFW ini begitu penting terutama sekali buat industri fesyen tempatan kita?

KLFW sebagai sebuah platform yang menyediakan penonjolan, komuniti dan kredibiliti. Kami berfungsi sebagai medium penting untuk jenama fesyen lokal, menyediakan ruang untuk industri berkembang serta meraikan kreativiti dan bakat yang dimilliki mereka ini. Disebalik kemilau dan glamor pentas peragaan, KLFW sebenarnya berteruskan mengekalkan usahasama, memberi cahaya serta mencipta peluang buat semua yang terlibat baik pengeluar tekstil, pendandan rambut, jurusolek sehinggalah ke peragawati yang berjalan memperagakan desain.

5- Bagaimana KLFW ini ingin kekal relevan serta terus mengetengahkan bakat-bakat baharu?

Bakat-bakat baharu ini biasanya kami tonjolkan di laman web kami dan kami juga cuba untuk mencipta peluang kepada mereka untuk mengetengahkan mereka pada persada yang lebih luas. Dan untuk KLFW 2023 ini, segmen ‘Design to Sustain’, kami menampilkan tiga pereka yang bakatnya disuntik menerusi KL10 Designer Search 2022 oleh Samsung dan mereka ini berpeluang untuk menunjukkan serta menjual koleksi ready-to-wear mereka di Isetan The Japan Store, Kuala Lumpur.

See also
Bag of The Month: DIOR The Lady 95.22