KLFW2022: Koleksi busana ‘gula-gula kapas’ jadi perhatian.
Elemen ‘berbungkus’ koleksi ‘Cotton Candy’ Ezuwan Ismail berharga dari RM2,800 hingga RM6,000.

Pereka fesyen, Ezuwan Ismail yang dikenali sebagi tukang jahit termahir Malaysia hadirkan koleksi busana ‘gula-gula kapas’ sebagai inspirasinya, pada Minggu Fesyen Kuala Lumpuar 2022 ,(KLFW2022) .
Bagi pereka fesyen yang terjun ke arena dunia nyanyian termasuk pernah menubuhkan trio E1 Band itu, tema dan konsep di ketenggahkan caba menyelami rona warna pemanis mulut itu dengan penuh kemanisan.
Tahun ini Ezuwan Ismail tampilkan 24 koleksi untuk busana wanita dan lelaki. Warna pastel seperti kuning lembut, biru ‘lilac’, biru lembut, merah jambu, hijau ‘tiffany’ dan peach antara asas warna pastel digunakan dalam koleksi terbaru ini. Koleksi baharu ini juga menggunakan koleksi fabrik seperti ’twill’, kain kapas, lycra dan net. Malah element berbunggkus satu badan juga diserlahkan lagi bagi menyuntik kelainan rekaan kali ini.
“Saya percaya gula-gula kapas ini memberi nostalgia tersendiri kepada kita sedari dulu. Jadi ia lebih kepada mengimbas semula kemanisan yang kita pernah dan tengah rasai. Apatah lagi selepas diuji di era pandemik COVID-19” kata pereka fesyen kelahiran Kelantan itu.
Ezuwan yang melakar nama termasuk menjadi kegemaran serta pilihan artis popular, berkata harga diketengahkan juga munasabah. Koleksi ini dijual pada harga dari RM2,800 hingga RM6,000. Boleh intai Instagram @ezuwanismail untuk cuci mata dan membeli. Kata Ezuwan lagi, koleksi diketengahkan kali ini juga cuba menyerlahkan sisi muda. “Tidak kira berapa usia sekalipun harus ada sisi muda. Kita pernah muda dan ada yang sedang menikmati kemanisan hidup remaja itu”
“Jangan tuakan diri kita. Cuma dalam bergaya itu kena pandai sesuaikan diri dan keadaan. Jangan semberono,” kata suami kepada Zahie Omar itu
Bapa kepada dua cahaya mata ini mempersembahkan koleksinya di KLFW2022, pada 18 Ogos lalu bertempat di ruang legar pusat beli-belah terkenal Pavilion.
Malah, Ezuwan juga berjaya mendapatkan dua penyanyi duet Casablanca, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin sebagi penyeri pentas peragaan kali ini.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
