Fashion Girls Mesti Ada Beg Tangan Ikonik Ini!
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioBagi menjadi pecinta dan fashion girls sejati, pastinya gerobok aksesori perlu ada beg-beg ikonik. Beg tangan ikonik sudah mepunyai status yang cukup tinggi dan terus menjadi sambaran semua wanita. Dari Lady Dior hingga Kelly, berikut ialah beg ikonik dari jenama mewah yang kekal menjadi idaman sepanjang zaman.
1. Lady Dior – Dior

Sebuah rekaan yang sinonim dengan keanggunan klasik. Lady Dior mula menjadi tumpuan apabila Puteri Diana sering dilihat membawanya pada tahun 1995. Ciri utama seperti jahitan cannage dan pesona huruf “D.I.O.R” menjadikannya simbol kelembutan dan kemewahan wanita moden.
Fakta menarik: Nama asal beg tangan ikonik ini asalnya ialah Chouchou, sebelum Dior menamakannya semula sebagai Lady Dior sebagai penghormatan kepada Puteri Diana.
2. Chanel 2.55 – Chanel

Coco Chanel mencipta beg ini pada Februari 1955 untuk wanita yang mahu bebas bergerak tanpa mengorbankan gaya. Tali rantai logamnya menjadi inovasi ketika itu, manakala kulit quilted dan penutup Mademoiselle lock mengekalkan keaslian hingga kini.
Mengapa ikonik: Simbol kebebasan wanita moden dan keanggunan Paris yang tiada tandingan.
3. Kelly – Hermès

Dikenali sebagai beg yang memadukan keanggunan dan kekuatan. Grace Kelly menjadikannya terkenal apabila menggunakan beg tangan ikonik ini untuk melindungi kehamilannya daripada paparazi, dan sejak itu, ia dinamakan sempena dirinya.
Ciri utama: Struktur trapez, penutup tali dan rekaan minimal yang elegan memberi definisi quiet luxury sebenar.
4. Speedy – Louis Vuitton

Rekaan ikonik yang muncul pada tahun 1930-an dan menjadi kegemaran Audrey Hepburn. Direka daripada Monogram Canvas yang tahan lasak, beg ini sesuai untuk wanita moden yang aktif dan menghargai gaya tanpa usaha. Sesuai buat dipakai setiap hari!
Mengapa popular: Versatil dan praktikal jadinya sesuai untuk kegunaan harian mahupun perjalanan hujung minggu.
5. Jackie – Gucci

Beg ikonik Gucci ini pada asalnya diberikan nama G1244 tetapi bertukar kepada Jackie. Kerana Jackie Kennedy Onassis sering bergaya dengannya. Beg ini mendapat inspirasi daripada dunia sukan berkuda yang cukup dekat dengan jenama Gucci.
Fakta Menarik: Ada variasi Gucci Jackie Notte yang direka mewah buat pelengkap acara glamor malam.
6. Antigona – Givenchy

Diperkenalkan oleh Riccardo Tisci pada tahun 2010, beg Antigona menyerlahkan ketegasan dan karakter wanita moden. Namanya diambil daripada watak mitologi Greek, Antigone, yang melambangkan keberanian.
Gaya tersendiri: Struktur tegas, garisan minimal dan logo Givenchy yang halus menjadi pilihan sempurna untuk wanita profesional bergaya.
Artikel Berkaitan:
Artikel Berkaitan
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pilihan Bacaan Seterusnya
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
