The MMK x 007, Rentak Sensual & Dedikasi Jetsetter - Glam Malaysia

The MMK x 007, Rentak Sensual & Dedikasi Jetsetter

Julung kalinya, MICHAEL Michael Kors mengumumkan kerjasama dengan francais filem 007 dengan menampilkan kapsul produk edisi terhad. Menghasilkan serangkaian pakaian dan aksesori beserta kempen pemasaran yang menyeluruh.  

Kolaborasi MMK x 007 bernada glamor dan berjiwa kembara, selaras dengan tema filem Bond dan jenama Michael Kors. Menampilkan cetakan ‘signature’ hitam’ dan emas, koleksi kapsul yang sofistikated dan daya tarikan klasik filem Bond yang ikonik. 

 

 

Kempen yang menyatukan identiti kedua-dua jenama terhadap kembara mewah, sekali gus meraikan kerjasama mereka. Kempen khusus koleksi MMK x 007 dibintangi oleh model Bella Hadid dan Cindy Bruna. 

Koleksi MMK x 007 merangkumi 11 rekaan dalam balutan palet warna hitam dan metalik, turut menampilkan cetakan khas Michael Kors rona hitam dan emas. Pertama kali direka dalam dua warna baharu, sempena keluaran koleksi unggul ini. Lantas, membangkitkan aura glamor dunia Bond. Dari rekaan beg tangan dan bagasi hingga pakaian renang dan kasut, koleksi ini menawarkan segala item fesyen yang menjadi dambaan saatnya berlibur. 

See also
LIVE STREAMING: MSGM Fall/Winter 2020

Antara yang menjadi fokus, helaian T-shirt grafik ‘cropped’ yang dihiasi ‘Ejen 007’ adalah trik gaya yang ‘playful’ untuk gaya berstatus. Sesuai digayakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Bakal menuju ke destinasi pantai? Dua pilihan pakaian renang-baju renang lengan panjang bertali pinggang dan baju mandi hitam klasik yang memesonakan. Menampilkan logo MMK x 007 pada bahagian belakang. Sempurnakan gaya ke pantai dengan sandal berlogo yang stylish. 

Perihal aksesori pula, terdapat dua beg kembara yang berbeza rupa untuk keperluan kembara yang berbeza-beza. Beg weekender atau beg jinjing yang dihiasi cetakan Print Sui dirancang khusus untuk menemani pengembaraan anda. 

Tema ‘jetsetter’, glamor dan elegan-begitu membayangkan corak gaya koleksi ini. Sifat-sifat itu menjadikan kolaborasi ini perpaduan sempurna antara filem dan fesyen.

Artikel berkaitan: Ralph Lauren Pink Pony 2021, 21 Tahun Usaha Memerangi Kanser