fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kisah Pengembara Moden Yang Versatil
Koleksi Longchamp x Constantin Meraikan Seni Dan Warisan Kota Paris
Philipp Plein Meniru Idea Alexander Wang x H&M?
Fesyen Raya Keluarga Selebriti Malaysia Paling Diminati
Red Sea Film Festival Merai Women In Cinema Bersama Bintang Global
Home > Fesyen > Cerita Istimewa di Karpet Merah Met Gala 2026

Cerita Istimewa di Karpet Merah Met Gala 2026

Cerita menarik disebalik busana glamor yang disarungkan oleh jemputan di acara Met Gala 2026 yang berlangsung di New York.

Met Gala berlangsung dengan gemilang. bersama tema Fashion Is Art, tetamu memberi interpretasi mengikut idea masing-masing sambil melangkah naik ke tangga ikonik The Metropolitan Museum of Art. Ini adalah antara kisah menarik disebalik baju yang disarungkan oleh juita-juita glamor.

Sabrina Carpenter

Penyanyi ini memilih gaun yang diperbuat daripada kepingan filem kegemarannya bertajuk Sabrina yang dikeluarkan apda 1954 lakonan Audrey Hepburn. Gaun filem karya Dior ini dilengkapkan dengan barang kemas Chopard.

Isha Ambani

Sari yang direka oleh Gaurav Gupta mempunyai lebih 200 butir berlian yang dikelaurkan daripada arkib simpanan keluarga Ambani. Gaya ultra mewahnya disempurnakan bersama arca buah mangga oleh Subodh Gupta yang berusia lebih 20 tahun!

met gala

Sarah Paulson 

Pelakon prolifik ini menamakan gayanya di Met Gala 2026 dengan tajuk ‘the one percent’. Sambil menyarungkan duit 1 Dollar Amerika Syarikat sebagai satu kritikan kepada golongan ultra mewah di negara itu.

Sza

Emily Bode mereka gaun serba kuning buat Sza dengan menggunakan fabrik vintaj yang didapatkan di laman sesawang Ebay.

met gala

Anne Hathaway

Bagi penampilan kesembilan di Met Gala, pelakon ini menepati tema dengan menyarungkan gaun hitam putih karya Michael Kors dan rekaan seni oleh Peter McGough. Pelukis ini menjadi inspirasi daripada karya sajak John Keats poem “Ode on a Grecian Urn”.

Beyonce Knowles

Kali terakhir penyanyi popular ini muncul di Met Gala adalah 10 tahun yang lepas. Dan kali ini, dia sebagai co-chair muncul dengan gaun karya Olivier Rousteing yang ditaburi dengan batu kristal. bentuk gaun digubah seperti tulang manusia.

met gala

Irina Shayk

Alexandra Wang mereka gaun buat top model ini menggunakan tali-tali jam tangan pelbagai rona. Wang berkongsi yang gaun rekaannya itu mendapat idea daripada ‘vibrancy’ yang dimiliki oleh Irina Shayk.

met gala 2026

Heidi Klum

Bagaikan mencipta momen Halloween, spermodel ini menggayakan kostum berideakan Veiled Vestal sebuah arca yang direka pada tahun 1847 oleh Raffaelle Monti.

Artikel Berkaitan: Ini Tampilan Gaya Selebriti Terbaik Di Met Gala 2026