7 Koleksi Baru Menjelang Tahun Baru Cina 2024

7 Koleksi Baru Menjelang Tahun Baru Cina 2024

Tiada yang lebih menyeronokkan bagi masyarakat Cina daripada persiapan Tahun Baru Cina, banyak aspek yang perlu diberikan perhatian dalam menyambut Tahun Baru Cina supaya perayaan itu menjadi meriah. Persiapan pakaian dan perhiasan juga tidak kurang pentingnya! Mari kita lihat 7 koleksi baru menjelang Tahun Baru Cina !

Tahun Baru Cina bakal menjelma, pastinya anda di luar sana sudah membuat persiapan yang rapi bagi menyambut perayaan ini baik membersih dan menghias rumah, pakaian, perhiasan diri, menu jamuan, pengisian angpau serta banyak lagi. Sempena dengan tahun naga mengikut kalendar Cina, pastinya rumah-rumah banyak dihiasi dengan perhiasan berbentuk naga dan warna- warna merah. Ini kerana dengan menghiasi rumah dipercayai akan membawa nasib baik serta menghalau roh-roh jahat ke rumah kita.

Selain itu, apa yang menariknya Tahun Baru Cina ini, para pereka fesyen akan mengeluarkan baju dan koleksi terkini sempena Tahun Baru Cina. Koleksi yang dikeluarkan sempena peryaan ini pastinya menarik dan mempunyai keunikan tersendiri. Tidak dilupakan juga, koleksi barang kemas yang dikeluarkan secara ekslusif sepena tahun naga ini. Koleksi ini dikeluarkan bagi kita tampil mewah dan anggun pada Tahun Baru Cina ini. Koleksi pakaian dan barang kemas ini juga perlu digayakan mengikut kesesuaian agar tidak over dan kelihatan janggal apabila dipandankan. Semoga perayaan Tahun Baru Cina anda semua dilimpahi “ong” bersama ahli keluarga!

See also
Aktres Dengan Bayaran Termahal 2019 Akhirnya Didedahkan, Antara Yang Tersenarai Adalah...

Intai koleksi Baru Menjelang Tahun Baru Cina 2024!

#1. Mell by Melinda Looi

koleksi Baru Menjelang Tahun Baru Cina

sumber gambar dari instagram

Hayati daya tarikan eksotik dengan reka bentuk terkini dari Mell by Melinda Looi. Di mana, fesyen bertemu dengan sesuatu yang luar biasa. Biarkan semangat buah naga memberi inspirasi kepada perjalanan fesyen anda. Reka bentuk terbaharu kami adalah cetusan idea keanggunan eksotik yang menjanjikan untuk memeningka kepala anda.

#2. TOMEI

koleksi Baru Menjelang Tahun Baru Cina

 

sumber gambar dari instagram

Barang kemas yang bertemakan Naga sempena Tahun Baru Luna membuatkan si pemilik barangan kemas ini lebih ong dan dilimpahi rezeki yang luas. Rekaan Naga yang sangat eksklusif ini sangat lain dari pada yang lain dari koleksi TOMEI yang lain kerana koleksi kali ini tidak hanya berfokuskan barang kemas malah, syiling dan jongkong emas juga dihiasi dengan perincian naga yang sangat memukau.

#3. KHOON HOOI

sumber gambar dari instagram

Dipotong dalam bentuk Kimono, bahagian atas bercorak ini adalah antara persalinan daripada jenama ini yang pada kami amat versatil dan boleh dipakaikan ke majlis-majlis menjelang Tahun Baru mengikut kesesuain majlis. Antara kegemaran GLAM adalah helaian Khoon Hooi yang tampil dengan kain broket bunga dan dikemaskan dengan kolar Mandarin rendah membuatkan look itu kelihatan mewah dan bergaya.

See also
Birds In The City Taruhan Khoon Hooi Buat Wanita Riang

#4. Wanderlust + Co

koleksi Baru Menjelang Tahun Baru Cina

sumber gambar dari instagram

Wanderlust + Co menyambut tahun naga dengan lebih istimewa tahun ini kerana mereka tampil bekerjasama secara eksklusif bersama Kuan Sisters. Kolaborasi ini menampilkan desain Kalung Zodiak Naga eksklusif yang direka sebagai simbol tuah dan kekuatan semasa kita memasuki Tahun Baharu Lunar ini.

#5. Gung Jewellery

koleksi Baru Menjelang Tahun Baru Cina

                      sumber gambar dari instagram

Rantai yang diperbuat daripada batu berkualiti itinggi dan keluli tahan karat bersalut emas. Manik merah yang direka dengan teliti oleh koleksi baharu ini melambangkan tenaga, keyakinan dan keberanian baharu. Memakai merah membolehkan anda mendekatkan diri anda dan berhubung dengan chakra. 

#6. Koleksi Baru Menjelang Tahun Baru Cina 2024: Shophanya

 

 

#7 PANDORA

koleksi Baru Menjelang Tahun Baru Cina

sumber gambar dari instagram

Melangkah ke Tahun Baru Lunar dengan aura persona Pandora yang kuat! Tingkatkan penampilan perayaan anda dengan adunan keanggunan dan sentuhan simbolisme daripada Pandora. Rekaan yang simple dan anggun membuatkan si pemakai kelihatan lebih ayu dan jelita. Tidak lupa juga pada charm pandora yang diinspirasikan daripada elemen Tahun Baru Cina supaya mebawa lebih ong ini!