Koleksi 'The Nisa dUCk" Meraikan Kaum Wanita Sempena Lebaran Kali Ini

Koleksi ‘The Nisa dUCk” Meraikan Kaum Wanita Sempena Lebaran Kali Ini

‘The Nisa dUCk’ merupakan koleksi raya terbaru yang dilancarkan secara berperingkat oleh sebuah jenama lokal terkenal, dUCk. Koleksi raya ini memberi tumpuan dalam meraikan para wanita sempena Raya 2024. Kempen edisi lebaran kali ini bukan lah sekadar raya semata-mata, namun ianya penuh dengan maksud yang mendalam dan istimewa.

Diadaptasi daripada perkataan An-Nisa yang bermaksud ‘wanita’ dalam bahasa Arab, The Nisa dUCk menampilkan koleksi yang meraikan kaum wanita. Koleksi raya ini adalah tentang tanda penghormatan kepada kaum wanita di seluruh dunia khususnya buat wanita beragama Islam. Tudung, baju raya dan beg antara item yang ditampilkan dalam koleksi buat lebaran tahun ini.

‘The Nisa dUCk’, Koleksi Lebaran Yang Meraikan Kaum Wanita

 

Koleksi tudung The Nisa dUCk diberi nama bersempena ikon-ikon wanita Islam seperti Khadijah, Aisha, Sumayyah, Aminah, Safiyyah dan Fatima. Perkataan bahasa Arab An-Nisa menjadi inspirasi bagi corak tudung dalam koleksi ini, di mana ianya juga merupakan surah yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran. Perkataan ‘Nisa’ ini diterjemahkan menjadi kaligrafi bahasa Arab yang dilukis semula menjadi corak cebisan kelopak bunga. Kemudian, menghasilkan rupa bentuk sekuntum bunga nan indah yang penuh makna. Bunga Nisa dalam corak tudung ini menjadi cerminan kekuatan, kecantikan dan kelembutan buat para wanita.

See also
Lima Idea Hadiah Dari BULGARI Buat Yang Terkasih

Pelbagai Variasi ‘The Nisa dUCk’ Mengikut Cita Rasa Tersendiri

Setiap individu semestinya memiliki cita rasa yang berbeza-beza. Koleksi yang menawan ini menawarkan tiga variasi berbeza mengikut pilihan hati masing-masing. Untuk lebih terperinci, variasi pertama adalah cetakan ‘The Nisa dUCk’ versi penuh yang sesuai buat penggemar corak maksimal. Seterusnya, buat mereka yang bersifat minimalis pula, variasi kedua adalah jawapannya kerana ianya mempunyai corak yang sama namun lebih minimal. Manakala variasi ketiga adalah tudung dengan corak ‘The Nisa dUCk’ versi maksimal dan versi minimal tetapi dengan sentuhan kemilau ‘Swarovski’. Manik-manik Swarovski yang menghiasi variasi terakhir ini sesuai buat mereka yang menginginkan kilauan dengan rasa glamor. Selain itu, jenama dUCk juga amat mementingkan kehendak pelanggan. Ketiga-tiga variasi ini boleh didapati dalam bentuk selendang mahupun dalam bentuk segi empat sama yang diperbuat daripada sutera satin kegemaran peminat dUCk!

Koleksi ‘The Nisa dUCk’ dimeriahkan lagi dengan versi Luxe bagi koleksi tudung dan baju raya. Di mana, koleksi ini menampilkan tudung yang diperbuat daripada 100% sutera tulen dengan hiasan manik. Baju raya dUCk yang mempunyai mutiara halus sesuai dipadukan dengan tudung versi Luxe ini. Kempen pelancaran ini ditonjolkan melalui #dUCkTravels yang merupakan salah satu kempen jenama dUCk yang membawa pengikut-pengikut mengembara secara alam maya di sosial media. Seluruh koleksi ‘The Nisa dUCk’ dilancarkan oleh pengasas dUCk, Vivy Yusof secara berperingkat pada Mac 14, Mac 19 dan Mac 25.

See also
Rizalman Ibrahim: Pereka Adi Busana Malaysia

Artikel Berkaitan: The Heritage Duck Beri sentuhan Legasi Warisan Lebaran Ini!