Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioBintang global dan duta jenama Roger Vivier, Yeji, menyerlah dalam kempen Pre-Fall 2026 yang meraikan keanggunan moden dengan sentuhan feminin yang berani.
Roger Vivier memperkenalkan duta globalnya, Yeji, bagi kempen Pre-Fall 2026. Menerusi visual yang memukau dan mempesona, Yeji menghidupkan visi kemewahan Paris yang segar dan kontemporari dan sebagai wajah utama koleksi terbaharu, anggota kumpulan ITZY ini turut membawa satu nafas baru terhadap jenama ikonik Roger Vivier itu.

Menerusi visi kreatif Pengarah Kreatif, Gherardo Felloni, Yeji adalah salah seorang bintang yang mempunyai pesona yang menepati falsafah Roger Vivier. Oleh itu, koleksi yang diperkenalkan dalam Spring/Summer 2026, menggabungkan elemen kreativiti, memori dan imaginasi dalam sebuah dunia yang penuh karakter.

Sebagai salah seorang anggota kumpulan K-pop terkenal ITZY yang turut menjadi figura paling berpengaruh bagi generasi baharu hiburan, Yeji membawa satu nafas segar dengan identiti yang baru ke Roger Vivier. Personalitinya yang ekspresif menjadi simbol sempurna kepada visi jenama yang meraikan keanggunan, kreativiti dan joie de vivre. Dari segi visual kempen ini menampilkan sisi yang lebih santai dan playful. Manakala, setiap sudut ruang Maison Vivier mejadi pentas kepada kisah yang menghubungkan sejarah dan imaginasi yang memperlihatkan bagaimana Roger Vivier terus menjadi sumber inspirasi untuk masa hadapan.

Antara koleksi utama yang menjadi fokus ialah Belle Vivier Slingback, salah satu rekaan ikonik Maison dan istimewa untuk koleksi musim ini, siluet klasik itu hadir dalam kemasan suede colour-block dengan rona musim luruh. Belle Vivier Clutch yang digayakan bersama New Ranger Loafers yang dihiasi dengan kristal Efflorescence serta Viv’in the City Pumps, Belle Vivier hobo bag yangv menampilkan sisi harmoni dan elegan.
Bagi Gherardo Felloni menerusi kempen Pre-Fall 2026 ini adalah salah satu inisiatif untuk terus meneroka. Dengan kehadiran Yeji sebagai wajah utama kempen ini, bukan sekadar meraikan sejarah Maison. Namun, membuktikan kemewahan Paris mampu diberi nafas yang segar dan relevan di generasi terkini.
Artikel berkaitan: Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
