Related Stories
Lily-Rose Depp Membintangi Kempen Jam Tangan Chanel Première Sound
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioJenama Chanel kini mempersembahkan Lily-Rose Depp sebagai wajah Kempen Jam Tangan Première Sound baharu yang cukup anggun lagi mewah.
Dalam kempen jam tangan Premium Edisi Original terbaharu ini, penampilan keanggunan moden Lily-Rose Depp melengkapkan kempen jam tangan itu dengan sempurna. Lily-Rose Depp yang sering kali menjadi wajah Chanel, kini menjadi muka depan buat Kempen Jam Tangan Première Sound yang merupakan usaha sulung rumah couture itu dalam pembuatan jam tangan. Ia adalah gabungan yang menyuntik elemen kefungsian dan seni objek reka cipta Chanel.

Keanggunan Jam Tangan Première Sound Chanel Yang Bergaya
Pertama kali dicipta pada tahun 1987, kali ini, jam tangan Première Sound ini menampilkan jam tangan yang cukup timeless dan moden. Ia menggabungkan item-item ikonik rumah Chanel bersama. Bentuk octagonal yang diilhamkan oleh penutup botol minyak wangi Chanel No.5 dan gelang fleksibel yang diinspirasi oleh beg berantai Chanel, diinjek lalu menghasilkan jam tangan yang cukup fashionable. Ia merangkumi semangat kebebasan dan keberanian yang unik buat jenama ini.

Daya tarikan Première Sound melangkaui estetikanya yang bergaya, di mana ia juga terletak pada teknologi terkininya. Jam tangan canggih ini memaparkan kefungsian gelang yang berubah menjadi rantai dan apa yang lebih menarik lagi adalah ia direka khas dengan kefungsian fon telinga. Teknologi bersambung dengan satu klik ke telefon pintar (Apple, Android atau mana-mana peranti audio), menyampaikan bunyi berkualiti tinggi sambil memastikan pengalaman mendengar yang mengasyikkan tanpa gangguan bunyi luaran. Fon telinga ini juga dilengkapi dengan mikrofon dan alat kawalan jauh untuk menyelaras kelantangan suara seperti menjawab panggilan telefon dan mengawal balik audio serta video, lantas menjadikan jam tangan ini penuh bergaya dan kekinian.

Dalam kempen jam tangan ini, model dan pelakon Lily-Rose Depp menyinari kempen jam tangan ini yang diarahkan oleh Inez & Vinoodh. Kempen ini merakamkan kejelitaan Lily-Rose Depp dalam apartmen mitos Gabrielle Chanel di 31 rue Cambon di Paris, dan berlatarbelakangkan tempat perlindungan bertingkat, jam tangan Première Edisi Original yang membangkitkan warisan rumah fesyen Chanel dan kepekaan kemodenan.

Artikel Berkaitan: Pameran Fesyen Manifesto Gabrielle Chanel di Victoria and Albert Museum
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
