4 Trend Fesyen Yang Bakal Rule Tahun 2024

4 Trend Fesyen Yang Bakal ‘Rule’ Tahun 2024

New year, new me! Trend fesyen terkini 2024 telah pun mula bermula, ini idea buat anda yang sudah bosan dengan gaya fesyen anda tahun lalu! 

Memandangkan kini telah memasuki ke tahun baharu, tahun 2024, inilah masa yang terbaik buat anda yang mahu membina inspirasi daripada gerobok pakaian sedia ada dan melihat item yang boleh anda mix and match kan lalu mencipta look yang lebih segar! Setiap sarungan anda itu haruslah kena dan bersesuaian dengan personaliti anda. Bukan apa, setiap apa yang dipakai dan digayakan bakal memberi impak pada yang memandang. Kita mahu memberi satu penampilan terbaik bagi meningkatkan keyakinan diri sendiri. Dan oleh kerana itu, GLAM di sini ingin membantu anda meningkatkan lagi gaya fesyen

4 Trend Fesyen Yang Bakal ‘Rule‘ Tahun 2024

Ini adalah trend yang anda boleh suntikkan ke dalam gaya fesyen anda. Paling penting, ia juga sesuai untuk digayakan ke pejabat mahupun keluar berlibur hujung minggu.

See also
Gadis Ini Definisi Classy Chic

 

1. Sequin

Trend Fesyen 2024

Inilah musim sequin! Sequin adalah trend timeless yang boleh kita gayakan sepanjang zaman dan dalam apa era sekali pun. Penggayakan sequin yang berkilau bersama pakaian knitwear yang selesa mampu menyuntik gaya mewah dan fun pada si pemakai. Bukan itu sahaja, dalam pada masa yang sama overall look ini mampu memberi keseimbangan sempurna dalam bergaya effortless glamor. 

 

2. Metalik

Trend Fesyen 2024

Paris tidak lama lagi akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik 2024 di mana atlet dari seluruh dunia akan bertanding. Seiring dengan temasya sukan itu, pereka fesyen memilih untuk mengembalikan trend metalik, berinspirasikan daripada rona pingat emas, perak dan gangsa sebagai trend fesyen tahun 2024.

 

3. Suit Chic

Trend Fesyen 2024

Trend fesyen tahun 2024 kegemaran GLAM termasuk power dressing. Kami menjangkakan untuk melihat lebih banyak lagi pada masa akan datang dengan desain yang lebih kreatif. Serlahkan kreativiti dalaman anda dan gayakan blazer yang sesuai mengikut outfit yang bakal anda mix and match!

 

See also
8 Idea Hadiah dari Dior untuk Yang Terkasih

4. Quiet Luxury

Trend Fesyen

Estetika preppy yang digilap adalah definisi sebenar quiet luxury. Quiet luxury kelihatan dan terasa sangat mahal tetapi tidak begitu ketara. Fikirkan jahitan yang sempurna dan bahan berkualiti tinggi berbanding penjenamaan blingy. Juga dirujuk sebagai “old money style”, anda juga boleh menyelami aliran fesyen 2024 ini dengan aksesori seperti beg, barang kemas dan kasut.

 

It’s better overdressing than underdressing, step up your game!