GLAM Profil: Melinda Looi - Glam Malaysia
GLAM Profil, Melinda Looi 03

GLAM Profil: Melinda Looi

Kata kunci yang diucapkan oleh dua legenda fesyen ini dan akan tetap mengisi akal mereka dalam merodong samudera fesyen. Sudah lebih dua dekad mereka memperkasakan fesyen lokal, jadi… what’s next?

Melinda Looi bersama-sama GLAM, membicarakan tentang pola era semasa dan memandang ke hadapan.

pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AMIIRUL ARIFIN penulis ARDI IDEWANI gambar ROBIN YONG/ONE3FOUR STUDIO solekan KF BONG dandanan JUNO KO

Rasa takut tidak lagi ditinggalkan berhabuk dalam jiwanya. Jiwanya kini tersedia menerima titik peralihan. Melinda Looi tidak mahu perasaannya umpama disaput kabut disebabkan oleh apa yang terjadi sebelum ini. Dia takkan ‘membatu’. Setelah bergerak secara solo, ia mengajar Melinda untuk lekas menjadi optimis dan lebih berkeyakinan tinggi. Dia merangkum dua sifat itu sebagai atribut. “Saya menjadi lebih fokus. Saya memusatkan perhatian pada hal-hal pengurusan terutama sekali hal bisnes,” jelas Melinda.

GLAM Profil, Melinda Looi 02

MELINDA ULTRA-MODEN DISUNTIK SAMA NADA INDIVIDUALISTIK MEMAKAI ARLOJI POLO DATE WATCH, CINCIN SERTA ANTING-ANTING SEBELAH KIRI YANG DIPERBUAT DARI EMAS MERAH 18K CIPTAAN PIAGET.

Kata-kata teman rapat banyak membantu. Nasihat-nasihat mentor mencetus semangat. Meneguhkan kematangan Melinda dan membulatkan tekadnya untuk terus mencuba yang terbaik. “Dua dekad dah usia jenama saya, masakan tidak ada apa yang membuatkan saya berasa seperti mahu memutarkan masa dan ubahlah apa-apa yang patut,” jelas Melinda. Namun, Melinda percaya apa yang telah terjadi ada sebabnya. Antaranya, ia membantu Melinda memperhalusi niat untuk menyusun semula bisnes. “I sort of like restart my engine and re-learn new things! That’s the best part… reinvent myself and of course, my brand!” Sambung Melinda.

See also
Paul Andrew menggalas tugas baru di Salvatore ferragamo

“This is what fashion is all about. So many new things everyday. Fashion is crazy!” Kata Melinda. Perkara perih yang mungkin sedikit mencengkam diri Melinda adalah mengambil alih hal-hal kerja yang sebelum ini tidak pernah diuruskan olehnya. “Tidak mengapa. Nama pun ‘menyusun semula’ atau reinvent. Perkara bagus yang seeloknya dipelajari ini tidak harus saya ketepikan,” kata Melinda..

I SORT OF LIKE RESTART MY ENGINE AND RE-LEARN NEW THINGS! THAT’S THE BEST PART… REINVENT MYSELF AND OF COURSE, MY BRAND! — MELINDA LOOI

Businesswise, dua tahun yang lepas amat mencabar. Mengalami kerugian dan bisnes tidak sebaik dulu… semua ini terpaksa diharungi oleh hampir semua bisnes jenama fesyen. Bukan sahaja Melinda. Tidak percaya pada taktik gerila atau tipu muslihat, Melinda jujur dalam menjalankan perniagaannya. Tidak mengapa seandainya sekarang, bisnes fesyen-nya mula ‘picking up’ secara perlahan. “Saya dikira bertuah kerana jika bisnes fesyen tidak memuaskan hati, ada benda lain yang boleh saya buat dalam memantapkan lagi jenama.. Contohnya projek-projek uniform, reka bentuk produk serta bidang makanan. Tidak mahu terikat dan berada dalam satu lingkungan sahaja.” Ada benar kata Melinda, sementelahan zaman sekarang. Yang menghendaki manusia untuk menjadi pintar dalam mengendalikan berbilang kerja atau bidang.

GLAM Profil, Melinda Looi 01

MELINDA ULTRA-MODEN DISUNTIK SAMA NADA INDIVIDUALISTIK MEMAKAI ARLOJI POLO DATE WATCH, CINCIN SERTA ANTING-ANTING SEBELAH KIRI YANG DIPERBUAT DARI EMAS MERAH 18K CIPTAAN PIAGET.

“Selepas ini Melinda Looi akan mendekatkan diri dengan bidang makanan pula!” Kata Melinda yang kedengaran seperti berita yang menggembirakan. Bila diajukan soalan mengapa bidang makanan, balasnya, “Simply because saya suka memasak. Tahun hadapan saya berhasrat untuk menggabungkan fesyen dan dunia makanan. Hey, bidang makanan juga seperti bidang fesyen ya. Kedua-duanya bersangkut paut dengan gaya hidup.” Iya, bidang makanan memang seakan-akan bidang fesyen – dari aspek bagaimana hasil masakan itu mencorakkan warna, cara potongan bahan-bahan atau menyusun makanan di atas pinggan.

See also
KLFW RTW '17: FARAH KHAN

Baca lanjut dalam GLAM September 2022.

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Steffi Sidhu