GLAM Profil: Steffi Sidhu - Glam Malaysia
GLAM Profil, Steffi Sidhu 01

GLAM Profil: Steffi Sidhu

Memikul kewajipan sebagai atlet kebangsaan dalam mengharumkan nama negara; GLAM menampilkan Steffi Sidhu, permata bola sepak wanita negara dalam memperkasakan intipati kewanitaan masa kini.

pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar ROBIN YONG/ ONE3FOUR STUDIO solekan SKY OII dandanan JUNO KO

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini; GLAM menjunjung dua wanita mandiri penuh motivasi yang menjunjung tinggi harga dirinya sebagai seorang wanita masa kini. Bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai atlet kebangsaan menerusi hamparan gelanggang bola jaring dan padang bola yang luas bergaris putih, bahkan kedua wanita ini turut memegang profesi lainnya secara sepenuh masa di pejabat. Fariha Razak, 27, dan Steffi Sidhu, 34 tampil menghiasi ruangan profil Ogos ini sempena Hari Kebangsaan yang bakal menjelang tiba. Lantas menterjemahkan intipati kewanitaan masa kini yang lebih bersifat terbuka dalam menyuarakan pendapat lalu mendakap keharmonian dalam memperkasakan kesetaraan gender.

GLAM Profil, Steffi Sidhu 02

STEFFI MEMAKAI PULLOVER KAIT DIPADANKAN BERSAMA JAKET DAN SKIRT HOUNDSTOOTH MATERIAL WOOL DARI FENDI.

BEND IT LIKE STEFFI

See also
Bayaran Lady Gaga & Joaquin Phoenix Untuk Joker: Folie à Deux Didedahkan

Dia Queen of Free-kick Malaysia. Jaringan sepakan percuma cantik Steffi Sidhu akan senantiasa terpahat dalam ingatan para penyokong sukan bola sepak tempatan. Tidak kira wanita mahupun lelaki, tepatnya. Steffi Sidhu atau nama sebenarnya, Steffi Sarge Kaur merupakan anak jati kelahiran negeri Perak. Berasal dari Taiping, kedua orang tuanya juga merupakan pemuja, senang kata ‘orang sukan’. Demikian, semangat kesukanan sudah terdidik sejak dari bangku sekolah rendah lagi yang mana menelaah ilmu di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Convent Taiping. “Sedikit latar belakang saya, saya berpunya tiga beradik dan saya yang sulung. Identiti saya bercampur darah Cina di sebelah ibu, Punjabi dan Siam di sebelah bapa. Saya meraikan Tahun Baru Cina, Hari Wesak, Vaisakhi, Deepavali, Krismas dan sudah tentunya; tidak ketinggalan, Hari Lebaran. Sangat 1Malaysia bukan. Benar, jauh sekali mahu menipu,” tutur Steffi melontar pengenalan. Wanita berzodiak Scorpio ini juga pekat bertutur dalam bahasa Melayu loghat Utara!

“Sejak kecil lagi saya sudah aktif dalam bidang sukan. Hampir kesemua sukan sudah dicuba dan antaranya bermain bola sepak, bola jaring, bola baling, hoki dan badminton. Namun, hanya fokus bermain bola sepak sebagai professional selepas tamat pengajian di sekolah menengah. Masa dekat sekolah pun saya sudah mewakili negeri untuk sukan bola baling dan hoki. Darah sukan ini terdorong dari kedua orang tua saya kerana kedua mereka adalah orang sukan dan hanya saya seorang yang mengikuti jejak langkah mereka keduanya. Ironiknya, saya cepat mengadaptasikan diri dalam apa jua cabangan sukan; tapi bukanlah yang melibatkan sukan air. Berenang terutamanya! I can’t swim. Haha. Mungkin itulah satu-satunya cabangan sukan yang tidak sekali saya ceburi,” jelas Steffi lalu tertawa besar.

GLAM Profil, Steffi Sidhu 03

STEFFI SIDHU MENGGAYAKAN CERAIAN ADIDAS X GUCCI BERSAMA HIMPUNAN GUCCI LOVE PARADE.

WOMEN NEED TO BE STRONG AND INDEPENDENT. SUDAH TIBA MASANYA UNTUK KITA MENGUBAH STIGMA PERSEPSI WANITA YANG MENGHARAPKAN PERTOLONGAN DARI ORANG DI SEKITARNYA — STEFFI SIDHU

“Mulanya kerjaya mewakili negara sewaktu berumur 18 tahun. Lepas SPM saya menyertai sukan wanita pada tahun 2006 lalu mewakili Perak dalam bola sepak wanita. Mula sebagai hobi sekitar usia 8 ke 9 tahun, saya dan adik lelaki saya mengikuti ayah untuk melihat pertandingan bola sepak. Di tepi padang ada bola, kita berdua mula bermain bersama. Kemudian, ia seolah membiaskan keterujaan dalam diri lalu saya mula memasang cita-cita yang tinggi. Saya jarang sekali main masak-masak atau mendampingi barbie doll sejak kecil. Habis sesi persekolahan, di waktu petang dengan berkaki ayam saya pergi bermain bola dengan budak-budak lelaki dan saya seorang saja perempuan kala itu. Ibu bapa saya tidak pernah melarang malah menyokong hobi itu. Melihatkan di sekolah kita tidak berpunya kokurikulum atau sukan bola sepak untuk perempuan lebih-lebih lagi bila bersekolah di sekolah perempuan sepenuhnya. Itulah satu-satunya masa untuk saya keluar bermain bola bersama teman-teman lelaki.”

See also
Disney Bersama YAM Tengku Zatashah Serta Pereka Fesyen Malaysia Mempersembahkan Koleksi Couture Istimewa

Baca lanjut dalam GLAM Ogos 2022

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Fariha Razak