Nikmati Menu Buka Puasa di Artisan’s Playground - Glam Malaysia

Nikmati Menu Buka Puasa di Artisan’s Playground

Singgah ke Artisan’s Playground by COOKHOUSE yang menyajikan hidangan buka puasa dengan 100 menu pilihan yang cukup menyelerakan. 

Buntu hendak berbuka puasa di mana? GLAM cadangkan anda untuk berkunjung ke Artisan’s Playground by COOKHOUSE. Bermula 26 Mac sehingga 19 April 2023, mereka bakal menyediakan hidangan hebat buka puasa dari pelbagai benua hanya untuk anda dan seisi keluarga. 

Artisan’s Playground

Rasai keenakan daging ribeye panggang, kambing juga ayam daripada Josper Grill. Nikmati juga pizza yang dimasak khas daripada dapur Stefano Ferrara Oven. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba menu sayur-sayuran daripada Table Salad Bar. Buat anda yang gemarkan makanan laut segar, hidangan seperti paella juga British Fish and Chips turut boleh didapati di sini.

Tidak dilupakan hidangan menu Asia dan tempatan seperti makanan Jepun, menu Malaysia wok hei, dimsum stim juga stesen mi sedia terhidang mengikut selera anda. Tidak dilupakan juga, barisan pemanis mulut seperti kuih-muih yang pelbagai serta bermacam lagi boleh anda temui di stesen Dessert Parlour. 

See also
Kesihatan Mental Kanye West Dikhuatiri Menjadi Teruk Selepas Perceraian

Tidak semestinya anda hadir berbuka puasa bersama keluarga kecil. Buat anda yang merancang ingin mengadakan majlis berbuka secara besar-besaran, Artisan’s Playground by COOKHOUSE turut menyediakan ruang dewan yang selesa yang mampu memuatkan sehingga 200 orang pada satu masa. 

Artisan’s Playground

Usah tunggu lagi, buat tempahan sekarang secara online di www.artisansplayground.my. Jika anda menempah hari ini sehingga 31 Mac 2023, anda berpeluang untuk menikmati harga promosi iaitu RM198 (harga sebenar RM236) bagi dewasa, manakala RM85 (harga sebenar RM99) untuk kanak-kanak.

Lokasi: Artisan’s Playground by COOKHOUSE, Block H, 1st Floor Rivercity Plaza, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

 

Pautan Berkaitan: Ini Jam Tangan Paling Ideal Di Bulan Ramadan