fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
10 Bilionair Empayar Kecantikan Terkaya Pada 2023
DATIN X: Puan Sri Gila Berlian, Habis Barang Kemas Peninggalan Isteri Pertama Dikebas!
Sejarah Hitam Tiga Permata Milik Monarki Britain
6 Laluan Keretapi Eropah Paling Indah Untuk Menikmati Keajaiban Musim Sejuk
Uqasha Senrose Dirisik Dalam Satu Majlis Tertutup
Home > Gaya Hidup > Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah

Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah

Ubah ruang tamu biasa menjadi ‘luxury suite’ lima bintang dengan 5 pilihan home fragrances premium yang paling mewah dan sofistikated. Ketahui rahsianya di sini. 

Ruang tamu ialah tempat kita meraikan tetamu dan berehat setelah seharian bekerja. Namun, sebuah ruang tamu yang serba indah tidak akan lengkap tanpa signatur bau yang memikat. Trend home scenting kini beralih arah daripada sekadar lilin wangi biasa kepada bauan yang melambangkan identiti, sekali gus mengubah atmosfera rumah biasa menjadi sebuah luxury suite bertaraf lima bintang.

Terokai 5 Home Fragrances Yang Bakal Mengubah Ruang Tamu Anda Menajdi Suite Mewah

1. Baobab Collection

Bagi peminat estetika high-end, lilin wangi Marius membawakan aura segar bumi Provence, Perancis. Gabungan nota sparkling petitgrain, pohon zaitun, dan cypress memberikan kesegaran mewah yang sangat sesuai untuk suasana pagi yang eksklusif di ruang tamu anda. Bekas kacanya juga berfungsi sebagai objek seni.

2. Dr. Vranjes Firenze 

Magnolia Orchidea Penyebar reed diffuser dari Florence ini mengadunkan keanggunan magnolia, orchid, dan lily of the valley. Semburan aromanya yang konsisten memberikan impresi seolah-olah anda sedang melangkah masuk ke dalam lobi hotel mewah di Eropah, bersih, menawan, dan mempesonakan.

3. TOLD London 

Dancing Light, Lake Como Pencinta jenama niche wajib memiliki lilin daripada porselin premium ini. Bauannya yang dinamik membawa imaginasi anda terus ke pinggir tasik Itali yang tenang dan elit.

4. Diptyque 

Roses Diambil daripada koleksi klasik Diptyque yang baru sahaja berwajah baharu, aroma Roses ini menawarkan bauan kelopak bunga ros yang segar dan mewah. Ia memberikan getaran ruang tamu yang ultra-feminin, romantik, dan sofistikated ala taman bunga di Paris.

5. Jo Malone London

Cypress & Grapevine Townhouse Candle Lilin dalam bekas seramik putih yang minimalis ini menawarkan bauan maskulin yang woody dan hangat. Sempurna untuk mencipta suasana ruang tamu yang redup, intim, dan ‘mahal’.

Melalui pemilihan home fragrances bertaraf couture ini, ruang tamu anda bukan sekadar tempat berkumpul, malah sebuah oasis mewah yang membalut setiap tetamu dengan bauan penuh magis dan intim.

Artikel berkaitan: 5 Destinasi Resort Mewah Di Pulau Malaysia