Related Stories
Adakah Anda Dalam Situationship? Kenali 7 Tanda Hubungan Tanpa Kepastian
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioIstilah situationship semakin biasa didengar dalam dunia percintaan hari ini. Ia bukan sekadar trend di media sosial atau topik perbualan di TikTok, tetapi realiti yang dialami ramai orang sekarang ini. Hubungan ini sering bermula seperti kisah romantik biasa, mesej setiap hari, keluar bersama, malah kadang-kala terasa seakan sudah menjadi pasangan.
Namun lama-kelamaan, akan ada sesuatu perasaan di mana terasa tidak kena. Anda rapat, tetapi tidak pernah benar-benar bergelar pasangan. Tiada siapa yang menyebut tentang komitmen, dan setiap kali isu status hubungan muncul, topik itu sering berlalu begitu sahaja.
Ramai sebenarnya terperangkap dalam situationship tanpa sedar. Ia kelihatan seperti hubungan, tetapi pada masa yang sama tiada arah yang jelas. Jika anda mula tertanya-tanya tentang kedudukan anda, mungkin beberapa tanda ini terasa sangat dekat dengan situasi anda.
Tanda anda terperangkap dalam situationship

1. Hubungan terasa seperti “separuh jalan”
Anda berdua melakukan banyak perkara bersama seakan pasangan normal seperti keluar makan malam, menonton filem bersama, atau berbual sehingga lewat malam. Tetapi apabila ditanya tentang status, jawapannya sering kabur atau tidak pernah benar-benar dibincangkan.
2. Perbualan tentang komitmen selalu dielakkan – Tanda situationship paling ketara
Setiap kali anda cuba membuka topik masa depan atau status hubungan, dia mungkin memberi jawapan yang samar. Kadangkala ayat seperti “kita tengok dulu macam mana” atau “tak perlu label pun tak apa” digunakan untuk mengelak perbincangan yang lebih serius.
3. Komunikasi tidak konsisten
Ada masa dia sangat mesra dan mengambil berat. Tetapi ada juga hari-hari di mana dia tiba-tiba hilang tanpa khabar. Ketidaktentuan ini membuatkan anda sering tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mengambil berat tentang hubungan itu atau tidak.
4. Anda tidak sepenuhnya menjadi sebahagian daripada hidupnya
Dalam hubungan yang serius, pasangan biasanya akan diperkenalkan kepada rakan atau keluarga. Namun dalam situationship, anda mungkin tidak pernah bertemu dengan orang penting dalam hidupnya. Hubungan itu terasa seperti wujud dalam ruang yang sangat terhad.
5. Tiada perancangan masa depan -Tanda situationship paling ketara
Hubungan yang berkembang biasanya mempunyai arah, walaupun perlahan. Tetapi dalam situationship, perbualan tentang masa depan hampir tidak pernah berlaku. Segalanya hanya berlaku dari hari ke hari tanpa sebarang kepastian.
6. Anda sentiasa berasa tidak pasti
Perasaan keliru sering menjadi teman dalam hubungan seperti ini. Anda mungkin kerap bertanya kepada diri sendiri sama ada dia serius atau hanya menikmati situasi tanpa komitmen.
7. Anda takut bertanya soalan yang sebenarnya penting!
Kadang-kadang anda sendiri takut untuk bertanya tentang status hubungan kerana bimbang jawapannya akan menyakitkan hati. Ketakutan ini sebenarnya tanda bahawa hubungan tersebut tidak mempunyai asas yang jelas.
Bila perlu berundur?
Berada dalam situationship tidak semestinya salah, terutama jika kedua-dua pihak memahami dan bersetuju dengan situasi tersebut. Namun masalah mula timbul apabila salah seorang mengharapkan lebih daripada sekadar hubungan tanpa status.
Jika anda mahukan hubungan yang jelas dan penuh komitmen, penting untuk berbincang secara terbuka. Kejujuran mungkin terasa sukar, tetapi ia jauh lebih baik daripada terus berada dalam keadaan yang tidak pasti.
Kadangkala, mengenali tanda-tanda situationship adalah langkah pertama untuk menjaga hati sendiri. Kerana hubungan yang sihat sepatutnya memberi rasa tenang, bukan membuat anda terus mempersoalkan kedudukan anda dalam hidup seseorang.
Artikel berkaitan: Swipe, Match, Move On? Cara Apps Dating Malaysia Mengubah Nilai Hubungan Kita
Artikel Berkaitan
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthal...
Menyusuri Sejarah dan Sulaman Palestin di Muzium Kesenian Is...
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Pilihan Bacaan Seterusnya
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
