fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Hidup Sibuk Dan Aktif? Ini Tip Meal Prep Untuk Hidup Sihat Dan Mudah
Diva Bollywood Yang Mengenakan Bayaran Lebih Tinggi Daripada Pelakon Lelaki
Lagu Demo Whitney Houston Ketika Remaja Dijual Pada Harga RM4.2 Juta
Alasan Mengapa Eva Mendes Enggan Menggalas Watak Ganas Atau Seksual
Penampilan Terkini Jung Ho Yeon Mencetus Kebimbangan
Home > Gaya Hidup > Duchess of Sussex Dibayar RM28 Juta Untuk Sesi Temu Ramah Bersama Oprah Winfrey?

Duchess of Sussex Dibayar RM28 Juta Untuk Sesi Temu Ramah Bersama Oprah Winfrey?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sesi bual bicara antara Meghan Markle dan Harry dengan hos ternama, Oprah Winfrey yang berlangsung semalam menjadi salah satu acara televisyen terbesar tahun ini.

Menurut laporan The Wall Street Journal, rancangan terbitan Oprah itu menelan belanja sebanyak RM28 juta hingga RM36 juta. Mendengarkan berita tersebut, netizen mula membuat andaian bahawa wang tersebut masuk terus ke dalam poket Duke dan Duchess of Sussex.

Namun hakikatnya bukan sedemikian. Ia mendatangkan keuntungan buat beberapa pihak yang terlibat termasuk syarikat produksi Oprah, Harpo Productions namun bukan pasangan itu. Malah dia turut menjelaskan perkara tersebut di awal rancangan.

Oprah Winfrey made it clear that Meghan and Harry were not being paid for the interview
Foto: CBS

“Sebelum bermula, saya ingin menjelaskan kepada semua bahawa walaupun kita berjiran, tiada perjanjian yang dibuat antara kita. Anda tidak tahu soalan apa yang bakal ditanya, tiada had kepada subjek yang bakal diajukan, dan anda tidak menerima apa-apa bayaran untuk temu ramah ini.”

Meghan kemudian memberi respon, “Ya, semuanya benar.”

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse