fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Editor’s Pick 2017: LANEIGE
Merawat Kesan Penuaan Dengan Manfaat Ginseng
Doja Cat Duta Global M.A.C Cosmetics
10 Paling Cantik di Oscar 2021
6 Beauty Moments In Venice Film Festival
Home > Cantik > Kami Cuba Barrier Restore Therapy di AsterSpring

Kami Cuba Barrier Restore Therapy di AsterSpring

Pengalaman mencuba Barrier Restore Therapy di AsterSpring membuka perspektif berbeza tentang maksud kulit sensitif. Rawatan ini bukan tentang mendapatkan efek kulit berseri sebaik melangkah keluar dari bilik facial. Sebaliknya, fokusnya adalah memulihkan apa yang berlaku di bawah permukaan kulit.

Sejurus berbaring di atas katil rawatan, proses dimulakan dengan double cleansing yang terasa lembut dan tidak meninggalkan rasa tegang seperti sesetengah facial yang pernah dicuba. Kulit dibersihkan perlahan sebelum proses eksfoliasi dilakukan. Tiada rasa menyengat, hanya tekstur yang semakin licin setiap kali kapas menyentuh wajah.

Selepas proses extraction yang dilakukan dengan cukup teliti, bahagian yang paling mencuri perhatian ialah penggunaan bt accent® AIR. Berbeza daripada semburan wajah biasa, aliran oksigen bersama Dermalogica UltraCalming Mist dan Calming Botanical Mixer terasa halus menyelimuti kulit. Sukar untuk digambarkan, tetapi ada rasa segar yang membuatkan kulit seolah olah sedang “bernafas” semula.

Urutan wajah yang menyusul selepas itu menjadi momen paling sukar untuk tidak terlelap. Tekanan lembut pada bahagian rahang, pelipis dan leher bukan sahaja melepaskan ketegangan, malah membuatkan wajah terasa lebih ringan.

Kemudian tiba giliran bt accent® LED. Cahaya ungu memenuhi ruang rawatan dalam suasana yang cukup menenangkan. Tiada rasa panas atau tidak selesa, hanya beberapa minit yang berlalu dalam keadaan tenang sementara serum menembusi kulit. Mengetahui teknologi ini membantu mengurangkan keradangan dan menyokong pemulihan skin barrier membuatkan setiap langkah terasa lebih bermakna, bukan sekadar rutin facial biasa.

Jika ada satu langkah yang paling diingati, pastinya saat Cryo Vital Masque disapu pada wajah. Sensasi dinginnya hadir serta merta, terutama di kawasan pipi yang sering terasa hangat selepas seharian terdedah kepada cuaca dan pendingin hawa. Ia bukan sekadar sejuk, tetapi memberi rasa lega yang sukar digambarkan.

Apabila rawatan selesai, perkara pertama yang disedari bukanlah kulit yang kelihatan terlalu glowing atau berkilat. Sebaliknya, wajah terasa lebih “diam”. Tiada rasa tegang selepas dicuci, tiada bahagian yang terasa panas, malah kulit kelihatan lebih sekata dengan kemerahan yang sebelum ini samar samar terus berkurangan. Sentuhan pada wajah juga terasa lebih lembut dan kenyal, seolah olah kulit baru sahaja mendapat rehat yang sangat diperlukan.

Barrier Restore Therapy membuatkan seseorang sedar bahawa tidak semua facial perlu memberikan perubahan dramatik untuk dianggap berkesan. Ada rawatan yang lebih memberi tumpuan kepada kesihatan kulit dalam jangka panjang, dan itulah yang sebenarnya diperlukan oleh kulit yang sentiasa berdepan tekanan harian.

Artikel berkaitan: Gaya Amelia Henderson Di The Odyssey Premiere Mumbai Untuk Studio Sembang