Beginners, Kuasai Solekan Contour Dengan Palet Yang Tepat!
Antara palet contour yang mudah digunakan buat beginners adalah MAC Cosmetics Sculpt & Glow Duo, Anastasia Beverly Hills The Original Contour Kit, Charlotte Tilbury Filmstar Bronze & Glow, Givenchy Prisme Libre Bronzer Powder dan Tom Ford Beauty Shade And Illuminate Contour Duo.
Menguasai teknik solekan contour tidak semestinya sukar. Buat beginners, contour merupakan teknik solekan yang menggunakan permainan cahaya dan bayang untuk memberikan ilusi wajah lebih berdimensi serta menyerlahkan struktur semula jadi wajah. Dengan palet contour yang sesuai, anda bukan sahaja dapat mencipta ilusi wajah lebih berdimensi, malah lebih mudah mempelajari teknik meratakan dan menentukan intensiti solekan mengikut cita rasa sendiri. Sama ada anda menggemari solekan natural mahupun soft glam, pilihan palet yang tepat memainkan peranan dalam memastikan penampilan anda tampak sempurna. GLAM kongsikan beberapa pallet contour yang mesra beginners dan mudah digunakan untuk menghasilkan solekan yang tampak cantik.
Temui Palet Contour Yang Sesuai Buat Solekan Anda!
1. MAC Cosmetics – Sculpt & Glow Duo


Palet Sculpt & Glow Duo ini menyatukan dua produk ikonik milik MAC Cosmetics iaitu Extra Dimension Skinfinish #DoubleGleam dan Eye Shadow #Omega, untuk memberikan efek wajah yang lebih berdimensi dengan sentuhan seri serta contour dalam satu sapuan. Rona #DoubleGleam menampilkan kemasan berkilau dengan pantulan prismatik yang menyerlahkan wajah, sekali gus menghasilkan efek kulit yang berseri. Sementara itu, #Omega merupakan bedak pelbagai fungsi yang bukan sahaja sesuai digunakan sebagai contour, malah boleh dijadikan pembayang mata, asas solekan mata serta untuk membentuk dimensi pada wajah dan batang hidung, menjadikan keseluruhan solekan tampak lebih elegan. Produk ini ditawarkan dengan harga RM199.
2. Anastasia Beverly Hills – The Original Contour Kit


Anastasia Beverly Hills The Original Contour Kit merupakan antara palet contour ikonik yang menjadi pilihan jurusolek profesional mahupun pencinta kecantikan. Dilengkapi 6 pilihan tona matte iaitu 3 untuk contour dan 3 lagi untuk highlighting, palet ini membolehkan anda menyerlahkan dimensi wajah, memberikan coverage di bahagian tertentu serta memberikan efek solekan yang lebih sempurna. Formulanya yang halus dan mudah diratakan menjadikannya pilihan ideal buat beginners yang ingin menguasai teknik contour dengan hasil yang natural. Palet ini boleh dimiliki dengan harga RM247.
3. Charlotte Tilbury – Filmstar Bronze & Glow


Direka untuk membantu membentuk dimensi wajah dengan lebih menyerlah, Filmstar Bronze & Glow ini mampu memberikan ilusi wajah yang lebih tirus serta menonjolkan ciri-ciri wajah melalui teknik contour dan highlight. Formulanya yang mudah dibaur menghasilkan kemasan semula jadi dengan sentuhan sun-kissed, sekali gus menjadikannya sesuai buat anda yang baru berjinak dalam menguasai teknik solekan contour. Lantas, ia boleh memberikan penampilan yang lebih sofistikated dan bersedia untuk majlis istimewa mahupun santai bersama rakan-rakan. Produk ini boleh ditambah dalam koleksi solekan anda bersama harga RM330.
4. Givenchy – Prisme Libre Bronzer Powder


Givenchy Prisme Libre Bronzer Powder menggabungkan empat rona bronzing dan contour dalam satu palet bagi menyerlahkan dimensi wajah dengan kemasan hangat yang semula jadi. Teksturnya yang ultra ringan mudah dibaur serta boleh dibina mengikut intensiti yang diinginkan, menghasilkan kemasan matte yang tampak lembut, sekata dan tidak terasa berat pada kulit. Formulanya juga membantu mengekalkan kelembapan kulit serta menyamarkan penampilan liang pori untuk hasil solekan yang lebih halus. Gabungan 4 rona yang saling melengkapi membolehkan anda menggunakan setiap warna secara berasingan untuk membentuk, menghangatkan dan menyerlahkan struktur wajah, atau meratakannya bersama bagi menghasilkan efek kulit yang sekata dengan sentuhan airbrushed. Anda boleh dapati palet ini pada harga RM259.
5. Tom Ford Beauty – Shade And Illuminate Contour Duo


Tom Ford Shade and Illuminate Contour Duo hadir dengan formula krim-ke-satin yang diperkaya minyak botanikal untuk memberikan kemasan contour yang halus, natural dan mudah dibaur pada kulit. Dengan 2 rona yang boleh digunakan secara berasingan atau dipadankan bersama, palet ini memudahkan anda mencipta dimensi wajah yang lebih seimbang sambil memberikan efek wajah yang lebih segar dan berseri. Tambah produk ini dalam wishlist anda bersama harga RM425.
Jawapan: Antara palet contour yang mudah digunakan buat beginners adalah MAC Cosmetics Sculpt & Glow Duo, Anastasia Beverly Hills The Original Contour Kit, Charlotte Tilbury Filmstar Bronze & Glow, Givenchy Prisme Libre Bronzer Powder dan Tom Ford Beauty Shade And Illuminate Contour Duo.
Jawapan: Anda boleh mendapatkan rangkaian palet contour ini di butik Sephora Malaysia atau kunjungi laman web mereka. Sephora Malaysia | Sephora Malaysia
Jawapan: Produk-produk ini berada dalam lingkungan harga daripada RM199 sehingga RM425.
Artikel berkaitan: Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
