fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Dior Holiday Story Koleksi Holiday 2023 Terbaik
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
Gaya Rambut Untuk Janji Temu
Sesi Pengalaman Cantik GLAM Beauty Club X Sephora Bersama Ummi Nasir
Tranformasi Terbaru Selena Gomez Memberikan Aura Segar
Home > Cantik > Minyak Wangi Yang Sebenarnya Dipakai Selebriti

Minyak Wangi Yang Sebenarnya Dipakai Selebriti

GLAM menyenaraikan jenama minyak wangi yang menjadi pilihan selebriti!

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah haruman yang menjadi pilihan selebriti kegemaran? Walaupun kehidupan mereka sering menjadi perhatian umum, masih ada sisi yang kekal eksklusif termasuklah wangian yang dipakai setiap hari. Bagi sesetengah selebriti, minyak wangi menjadi perisai pelengkap gaya, juga identiti yang meninggalkan memori kepada setiap individu yang bertemu dengan mereka. Daripada bunga-bungaan yang feminin hingga aroma kayuan yang sensual, setiap pilihan mencerminkan personaliti dan karakter pemakainya. Tidak hairanlah ramai peminat ingin mengetahui haruman yang membuatkan selebriti tampil lebih memikat di karpet merah mahupun dalam kehidupan seharian. GLAM menyenaraikan beberapa minyak wangi yang pernah didedahkan menjadi kegemaran selebriti terkenal dunia.

Ketahui Minyak Wangi Yang Menjadi Pilihan Selebriti

Sarah Jessica Parker, Guerlain Vétiver

minyak wangi pilihan selebriti

Jean-Paul Guerlain pertama kali melancarkan minyak wangi Vétiver pada 1961 dengan bau yang cukup maskulin. Kemudiannya, minyak wangi pilihan selebriti ini dilancarkan semula pada 2000. Antara nota perdananya adalah buah limau mandarin, lemon dan bergamot serta diliputi dengan intipati pokok tembakau.

Emma Stone, Chanel Gardenia

minyak wangi pilihan selebriti

Pada 1952, wangian berunsurkan bunga-bunga dilancarkan oleh Chanel hasil garapan idea sang perfumer Ernest Beaux. Dek kerana bunga gardenia tidak mampu mengeluarkan bau, maka penghasilan wangian ini adalah gabungan antara bunga-bunga berona putih. Antara inti patinya adalah bunga Tuberose dan melur.

Naomi Campbell, Dior Diorissimo

Bunga ikonik dan kegemaran Christian Dior, lily of the valley diabadikan oleh Edmond Roudnitska buat wangian Diorissimo. Nota pertama adalah gabungan daun-daun hijau dengan bergamot. Baunya membawa memori musim bunga yang mana kuntuman bunga mula mekar.

Taylor Swift, Tom Ford Santal Blush

minyak wangi pilihan selebriti

Taylor Swift mungkin mahukan sesuatu yang lebih sensual, lari daripada karakternya yang manis maka semburan Santal Blush oleh Tom Ford ini ada diantara pilihan di meja soleknya. Yann Vasnier mereka wangian ini pada 2011 dengan menggabungkan ramuan kayu manis, bunga Ylang Ylang dan uniknya ada biji benih lobak merah.

Beyonce, Kilian Angels’ Share

Jika mahu tampil spicy dan woody tapi masih mempunyai jiwa manis seperti Beyonce, Angels’ Share minyak wangi Killian boleh menjadi semburan wangianmu. Benoist Lapouza selaku pereka buat wangian ini mendedikasikan bau yang terinspirasi daripada keluarga Kilian Hennessy, yakni pengeluar minuman alkohol popular.

Artikel Berkaitan: FUGAZZI Pomegranoudh Haruman Yang Sarat Kontras