fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Dedikasi Chanel di Gala Pembukaan Opera Paris 2025/26
Gaya Selebriti Pilihan GLAM Minggu Raya 2024
6 Ilham Busana Mewah Di Kediaman Berdekorasi Indah
Taman Fantasi Chanel Menjiwai Semangat Musim Bunga Penuh Mewah
9 Gaya Fesyen Effortless & Chic Camila Morrone Pilihan GLAM
Home > Fesyen > Acne Studios Mendarat Di Kuala Lumpur

Acne Studios Mendarat Di Kuala Lumpur

Acne Studios Membuka Butik Pertamanya Di Kuala Lumpur Dengan Menawarkan Koleksi Terbaharu Kepada Peminat Di Malaysia

Jenama fesyen mewah yang berasal dari Sweden, Acne Studios, yang menjadi kegilaan ramai kini secara rasmi mendarat dan membuka butik pertamanya di Malaysia menerusi lokasi baharu yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur. Pembukaan ini menandakan satu lagi pencapaian yang penting dalam peluasan jenama itu di Asia Tenggara, sekali gus mengukuhkan kehadirannya di rantau ini dan menjadikannya antara jenama paling berpengaruh dalam dunia fesyen moden.

Diasaskan pada tahun 1996 di Stockholm, Acne Studios terkenal dengan pendekatan fesyen kontemporari yang menggabungkan elemen seni, seni bina dan budaya moden. Di bawah pimpinan Pengarah Kreatif, Jonny Johansson, jenama ini terus mencipta identiti tersendiri melalui rekaan pakaian, kasut dan aksesori yang mengimbangi estetika minimalis dengan ekspresi kreatif yang sememangnya menepati cita rasa peminat fesyen kini.

Butik baharu Acne Studios di Pavilion Kuala Lumpur direka dengan hasil kolaborasi berterusan antara Jonny Johansson dan studio seni bina Sweden, Halleroed. Ruang butik ini menampilkan sentuhan granit merah jambu yang melambangkan identiti ikonik Acne Studios, dipadankan pula dengan struktur keluli tahan karat, pencahayaan rekaan Benoît Lalloz serta perabot arca oleh Max Lamb. Gabungan material dan elemen reka bentuk ini mewujudkan lagi suasana moden yang mencerminkan DNA jenama terkenal Swedish ini serta meletakkannya di satu tahap yang berbeza.

Selain itu, Acne Studios Kuala Lumpur turut menawarkan koleksi lelaki dan wanita Musim Luruh/Sejuk 2026, termasuk pilihan kasut, aksesori serta beg ikonik terbaharu mereka, Camero Bag. Kehadiran butik ini bukan sahaja memperluaskan akses peminat fesyen tempatan terhadap koleksi Acne Studios, malah mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai destinasi penting bagi jenama-jenama mewah antarabangsa di Asia Tenggara.

Artikel berkaitan: Louis Vuitton Lancar Koleksi Impian High Summer 2026