Raikan Kekuatan Kasih Ibu Bersama Tiffany & Co.
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioBersempena hari ibu, Tiffany & Co. melancarkan kempen istimewa bertajuk “Strong Like Mom” yang menggambarkan kekuatan, kasih sayang dan pengorbanan para ibu.
Sejak 1837, Tiffany & Co. telah menjulang keindahan seorang ibu — lambang cinta abadi dan pengorbanan tanpa batas. Tahun ini, kempen “Strong Like Mom” bukan sekadar penghormatan kepada keibuan, tetapi juga kepada kekuatan jiwa yang membentuk setiap wanita Tiffany & Co.
Kempen “Strong Like Mom” memaparkan sebuah filem pendek yang menyentuh hati, menampilkan kakitangan sebenar Tiffany & Co. bersama-sama anak-anak mereka dalam sesi perkongsian yang cukup ikhlas. Kanak-kanak berusia antara lima hingga lima belas tahun duduk di hadapan kamera dan berkongsi pendapat mereka tentang apa yang menjadikan ibu mereka kuat.
“Strong Like Mom” adalah penghormatan kepada salah satu ikatan paling mendalam dalam hubungan manusia – kasih sayang antara ibu dan anak. Sewaktu testimoni mengharukan ini berlangsung, filem tersebut diselangi dengan gambar para ibu yang anggun mengenakan perhiasan dari koleksi HardWear by Tiffany, koleksi yang melambangkan kekuatan cinta yang mampu mengubah kehidupan.
View this post on Instagram
GLAM turut mengabadikan momen istimewa ini bersama Tiffany & Co. Kim Raymond bersama anaknya, Skylar Raymond menghabiskan masa penuh intimate dengan chit-chat yang cukup tulen. Skylar diberikan ruang untuk menemubual ibunya dengan soalan yang lebih kandid, memancarkan lagi hubungan manis antara mereka. Buat filem pendek ini, Kim Raymond turut menyarungkan koleksi HardWear by Tiffany. Manakala Skylar dihiasi dengan perhiasan barang kemas gelang dan rantai perak.
Dapatkan hadiah istimewa buat Ibu di butik Tiffany & Co. atau secara eksklusif di Tiffany.my.
Artikel Berkaitan: Metafora Ultra-Mewah Lock Collection daripada Tiffany & Co.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




