fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
20 Seni Bina Ikonik Seluruh Dunia
Promosi – Menangi Koleksi Eksklusif dari Eclectic Moroccan Living
Elemen – Hiasan Kehidupan Laut
Trend – Koleksi Musim Bunga Royal Selangor 2019
#StayHomeWithGD: Resipi Donut Bersama Inti Krim Beri
Home > GLAM Plus > Datin X: Apabila Kemewahan Menjadi Candu

Datin X: Apabila Kemewahan Menjadi Candu

Datin menjadi penarik vvip lain dalam skim pinjam duit dengan mafia kota

Dalam dunia penuh glamor di kota Kuala Lumpur, seronok melihat golongan sosialit berlumba-lumba menayang tas tangan mewah bagai tiada hari esok. Siapa sangka dalam sibuk menayang, behind the scene nya cukup messy! Daripada kad kredit yang nyaris meletup, simpanan yang tinggal sisa, malah yang lebih ekstrim melibatkan loan shark yang menyamar sebagai “penyelesaian sementara”. 

Maka bermulalah kisah Datin Arianna, wanita elegan berwajah manis yang menjadi buah mulut seluruh KL, bukan lagi kerana gaya hidupnya yang mewah, tetapi rahsia gelap yang akhirnya terbongkar. 

Datin Arianna bukanlah figura biasa. Setiap kali menghadiri majlis, dialah pusat graviti. Gaya rambut yang beralun sempurna, bibir mungil dengan dengan olesan gincu ‘ruby woo’ kegemarannya dan yang paling penting tas tangan Birkin terkini yang belum sempat menjengah pasaran lokal. Semua orang tertanya, bagaimana dia sentiasa selangkah ke hadapan? 

Jawapannya sudah tentu bukan kerana suaminya. Dato’ Haikal, suami Arianna, seorang ahli perniagaan ternama tetapi sangat konservatif bab berbelanja. Baginya, beg berharga lima angka adalah satu pembaziran yang “tidak masuk akal”. 

Segalanya bermula pada satu acara makan tengah hari di sebuah restoran sky dining terkenal di pusat bandar. Berlatarkan bangunan pencakar langit kedua tertinggi di dunia, Datin Mel mula membuka cerita tentang koleksi baharu Cartier, Datin Kayla pula tidak ketinggalan menunjukkan heels merah Louboutin terbaru. Dan Arianna? Dia tersenyum penuh yakin sambil meletakkan sebuah beg Hermès Birkin edisi terhad di atas meja. 

“OMG Ari, this is rare!” jerit Datin Kayla. “I ingatkan beg tu kena waiting list setahun!” Waiting list satu hal, harganya yang boleh membeli sebuah rumah pula lain cerita. Arianna hanya tersenyum. “Kalau tahu jalan yang betul, tiada apa yang mustahil, darling.” Kata-katanya itu seperti gula yang menarik semut. Datin Kayla dan Datin Mel mula mengesot lebih dekat dengan Arianna tanda ingin tahu. Dan di sinilah benih skandal itu disemai. 

Dalam dunia sosialit tiada siapa mahu nampak ketinggalan. “FOMO” bukan istilah remaja, tetapi juga penyakit kronik VVIP lagi-lagi yang bergelar Datin atau Puan Sri. Arianna melihat peluang, dia tahu circlenya yang sentiasa mendambakan kemewahan tetapi tidak sentiasa mampu. 

“Ari, come on, spill the tea? I tak percaya Dato’ Haikal yang beri semua ini. I tahu elaun you berapa babe. You tahu kan I dah lama nak beli jam Rolex baru tu, tapi husband dah bising.” Arianna, yang ketika itu sudah menjadi pelanggan tetap satu sindiket loan shark berprofil tinggi, membalas dengan lembut, “Ada orang yang boleh tolong. Interest rendah, proses cepat, discreet. Kalau you nak…” 

Itulah kali pertama dia membuka pintu gelap itu. Dan seperti ketagihan yang sukar dilepaskan, pintu itu terus terbuka lebih luas dari hari ke hari. 

Dalam masa beberapa bulan, seramai lapan orang rakan sosialitanya mula mengambil pinjaman melalui kontak Arianna. Semua demi tas tangan, gelang emas, percutian Eropah lima bintang. Mereka meminjam, membeli, memuat naik di Instagram, lalu mendapat ribuan tanda suka, dan kemudian meminjam lagi. 

Arianna, sebagai orang tengah, menerima komisen yang boleh dikatakan cukup lumayan. Ia menjadi kitaran mewah yang rancak, semakin ramai rakan yang terjerat, semakin mewah gaya hidupnya. Tetapi candu kemewahan jarang datang tanpa harga. 

Masalah bermula apabila Datin Kayla, yang paling aktif meminjam, malangnya kecundang beberapa bayaran. Malam itu, sekumpulan lelaki bertatu muncul di rumahnya, mengugut dan menjejaskan keselamatan seluruh komuniti perumahannya. 

Kayla menangis, memarahi Arianna, dan mengugut mahu membuat laporan polis. “Ari, you kata pinjaman ini selamat!” jerit Datin Kayla dalam satu pertemuan antara mereka. 

Arianna tidak mampu bersuara. Dia tahu risiko itu, tetapi dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap ini. Dia cuba menenangkan Kayla, malangnya Kayla terlalu takut dan hilang kawalan. Dia terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan dirinya dan keluarga. 

Tidak lama selepas itu khabar angin mula tersebar. Wanita-wanita high society, yang mulanya memuja Arianna kerana aksesnya kepada kemewahan, kini memandangnya dengan penuh sinis. Ada yang menyingkirkannya dari kumpulan WhatsApp, ada yang tidak lagi mengundangnya ke majlis, dan ada yang terang-terangan memarahinya di khalayak. 

Namun paling tragis, Dato’ Haikal akhirnya mengetahui segala tembelang isteri kesayangannya. “You sanggup gadaikan keselamatan rumah tangga demi beg?” suaranya tegas, dingin seperti hembusan salju di Paris. Sekali lagi Arianna hilang kata-kata. Kerana deep down, dia tahu kebenaran itu menyakitkan. Dia tidak lagi membeli kemewahan kerana suka, tetapi kerana takut kalah dalam perlumbaan status. 

Arianna kemudian menyepi dari dunia sosial. Tiada majlis makan tengah hari, tiada beg baharu, tiada kemunculan dalam majalah fesyen. Namun dalam kesunyian itu, dia menemui sesuatu yang selama ini hilang, iaitu ketenangan.

Artikel berkaitan: Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam