Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Kecoh Satu Kuala Lumpur Sebab Datin Sri Tak Pandai Pulangkan Barang Yang Dipinjam.
Setiap tahun, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) menjadi pentas paling berprestij yang meraikan keindahan dan keberanian dunia fesyen tempatan. Di sinilah nadi industri fesyen Malaysia berdegup kencang penuh dengan kreativiti, inovasi, dan gaya yang mencabar norma. Dari rekaan avant-garde hingga potongan minimalis yang memukau, KLFW bukan sekadar acara peragaan, tetapi satu pernyataan tentang siapa kita dan ke mana arah fesyen Malaysia sedang melangkah.
Di balik sorotan lampu dan lensa kamera, berdiri para pereka tanah air yang gigih memperjuangkan identiti masing-masing. Nama-nama besar bersanding dengan pereka muda yang membawa perspektif segar, membentuk satu ekosistem dinamik yang semakin mendapat perhatian serantau. Tahun demi tahun, KLFW terus membuktikan bahawa Kuala Lumpur bukan sekadar kota metropolitan ia adalah fashion capital yang berkembang pesat, dengan semangat yang tidak pernah pudar.
Dari barisan hadapan yang dipenuhi fashion insiders hingga ke ruang digital yang dibanjiri penstriman langsung, aura KLFW menjangkau jauh lebih luas. Ia bukan sahaja tentang pakaian di atas pentas, tetapi tentang impian, ekspresi diri, dan keberanian untuk tampil berbeda. Kuala Lumpur Fashion Week tempat di mana fesyen menjadi bahasa yang menyatukan semua.
Acara pertunjukan fesyen bukan sekadar pentas gaya ia juga gelanggang sosial yang penuh warna, bisikan, dan kadangkala… sedikit drama. Setiap tahun, fashion week menjadi waktu yang dinantikan bukan sahaja oleh editor dan pereka fesyen, tetapi juga oleh barisan mak-mak datin serta socialite kota yang ingin menunjukkan siapa paling bergaya.
Daripada clutch mewah hingga sepatu berlabel, dari busana pereka tersohor hingga dandanan rambut bernilai ribuan ringgit, semuanya diperagakan seolaholah runway itu milik sendiri. Ada yang siap membawa jurugambar peribadi kononnya untuk OOTD, tapi sebenarnya untuk memastikan setiap ‘fashion moment’ mereka diabadikan seindah mungkin di media sosial.
Datin X, menghadiri hampir setiap pertunjukan minggu itu. Namun, apa yang terjadi pada satu malam penuh glamor itu… cukup untuk menggoncang ruang fesyen tanah air. Ketika show pereka tersohor negara melabuhkan tirai dan para hadirin mula bersurai, tiba-tiba kedengaran pekikan nyaring memecah suasana eksklusif itu. “Hei!!! Melaram beg pinjam! Aku text kau mintak beg aku, kau blue tick aku je kan! Tak malu!” jerit Datin Sri Anis kepada Datin Syahirah.
Drama tak habis di situ, sayang. Rupa-rupanya insiden “beg pinjam tak pulang” itu hanyalah permulaan. Datin Syahirah, yang selama ini digelar “It Girl” sosialit kota, rupanya gemar meminjam tas mewah rakan-rakan kononnya untuk “content shoot” dan event appearance tapi entah mengapa, tas-tas itu tidak pernah kembali ke tangan asalnya.
Alasannya? Hermes Kelly miliknya hanya ada rona hitam, dan dia teringin tampil dengan ungu lembayung bagi menyempurnakan gaya busananya. Namun, bila harga satu tas mencecah RM60 ribu, siapa yang tak naik hantu bila barang tak dipulangkan? Hampir setahun lebih tas tu tak dipulangkan!
Malam itu, bukan hanya Datin Anis yang berang. Beberapa lagi socialite turut tampil menegur ada yang siap menunjukkan bukti chat dan gambar. Keadaan menjadi tegang, sampai PR team pereka sendiri terpaksa campur tangan. Ah, dunia fesyen… kilauannya memang memukau, tapi di balik glamor, ada kisah yang lebih mahal dari sekadar seutas Hermes.
Sebagai seseorang yang telah bertahun-tahun bernafas dalam dunia fesyen, Datin X kadangkala letih melihat ragam manusia yang terlalu ingin dipuja. Dunia fesyen ini indah, tetapi juga penuh pura-pura. Ada yang sanggup berhabis hanya untuk memuaskan pandangan orang lain, bukan kerana benar-benar faham makna gaya. Not everyone carries class, some just carry labels.
Kadang-kadang, kerana terlalu mahu menonjol, mereka akhirnya menjadi fashion victim sendiri. Tak cukup dengan beg pinjam, ada pula yang berlumbalumba memakai jam tangan “mewah” kononnya Audemars Piguet, Patek Philippe, Rolex, malah ada yang tak segan-segan mempamerkan jam tiruan seolah-olah dunia tak tahu. Dalam kejaran status dan kemewahan, ramai lupa bahawa gaya sebenar datang dari keyakinan, bukan harga.
Pasca Covid, dengan dunia masih bergolak dari Gaza ke pelusuk lain yang bergelut dengan perang dan derita tidakkah sudah tiba masanya kita belajar bersyukur dengan apa adanya? Hidup ini bukan sekadar tentang siapa paling bergaya, tetapi siapa paling jujur. Seperti peribahasa Melayu berkata, “Biarlah miskin harta, jangan miskin budi.” And as the English say. “Elegance is when the inside is as beautiful as the outside.”
Artikel berkaitan: Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Artikel Berkaitan
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
