Buat mereka yang memiliki banyak perhiasan lama yang tidak digunakan lagi, anda boleh menghiasi kamar kecil anda dengan koleksi sedia ada ini.
Jangan abaikan dekorasi di kamar mandi kerana ia mampu memberikan semangat yang positif untuk memulakan hari anda. Lokasi ini juga bisa menjadi spa peribadi jika anda bijak memanipulasi ruang dan persekitarannya. Tidak semestinya anda perlu melakukan ubah suai besar-besaran di kamar mandi ini, cukuplah sekadar yang bersifat kosmetik untuk menjadikannya terlihat lebih selesa.
Tatkala anda merancang untuk merubah wajah kamar kecil anda, pastikan saiz ruang anda bersesuaian dengan gaya yang bakal disuntik. Juga tetapkan kegunaan kamar kecil ini sama ada hanya sekadar kegunaan kering seperti powder room mahupun untuk kegunaan penuh. Namun hari ini rekaan kamar kecil memiliki ruang khas untuk anda bersiram. Ini menjadikan anda boleh menghias ruang menggunakan fabrik.

Kamar kecil kolaborasi Armani/Casa bersama jenama Roca menampilkan perincian mewah dan sarat bergaya sesuai anda yang bercita rasa tinggi.
Tip Dekorasi Kamar Mandi
- Jika anda mempunyai bingkai-bingkai lama, gantungkan di dinding kosong di kamar mandi.
- Gunakan bakul-bakul yang anda miliki untuk meletakkan tuala baru juga pakaian terpakai.
- Aturkan botol-botol haruman dan rangkaian penjagaan diri di atas dulang cantik dan hiaskan bersebelahan sinki.
- Gantikan cermin asas di kamar mandi menggunakan cermin yang lebih bergaya seperti venetian mirror.
- Kerusi plastik atau bangku porselin bergaya praktikal untuk menghias ruang kamar kecil anda.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
