fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Fokus – Nashrul Nasir, Pengasas Dzafr Deko
Kediaman – Warisan Tommy Hilfiger
Libur – Kembara Eksplorasi Pulau Metropolis
GLAM Deko Ruang – 16 Reka Bentuk Dapur Kecil
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beautifully”
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Alternatif Selain Langsir – Bidai

Alternatif Selain Langsir – Bidai

BidaiGambar: Ingimage

 
Jika anda tidak gemar menggunakan langsir kerana sebab-sebab tertentu, terdapat banyak alternatif lain. Pilihan yang paling popular hari ini semestinya bidai atau blind untuk menggantikan fungsi langsir.
 
PERKARA PENTING DALAM MEMILIH BIDAI
 
Privasi
Tentukan kadar privasi yang anda mahukan sekaligus jumlah cahaya yang dikehendaki untuk ruang tersebut.
 
Sedia pakai atau tempah khas
Jika tingkap bersaiz standard, anda boleh membeli terus jika terdapat yang berkenan, namun jika ia merupakan saiz berbeza atau mahukan dalam warna dan kemasan lain, anda boleh menempah mengikut kesesuaian.
 
Pastikan kesesuaian
Apabila menggunakan bidai, pastikan ruang berdekatan adalah bersesuaian dan tidak ada perabot atau aksesori yang boleh menganggu perjalanan bidai.
 
Pemasangan yang kukuh
Sesetengah bidai mungkin sedikit berat dan pastikan pemasangan yang rapi telah dilakukan. Apatah lagi jika anda bercadang memasangnya sendiri.
 
Keselamatan
Pastikan rantai pengendali jauh dari jangkauan anak kecil kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka.