Speedmaster Generasi Baru Daripada Omega
Bertunjangkan sejarah pembuatan jam tangan ikonik dunia, Omega merai keunggulan rekaan timeless buat wanita menerusi Speedmaster terbaru.

Speedmaster terkenal dengan jam tangan kronograf berjiwa maskulin. Auranya terpancar pada reka bentuk yang sporty, kronograf dan dikuasakan oleh pergerakan berkaliber terkini. Pencinta horologi arif yang Speedmaster hadir dalam saiz berukuran 39mm, namun istimewa untuk 2017, Omega memperkenalkan Speedmaster yang dikurangkan saiznya kepada 38mm untuk lelaki dan wanita.
Ciri ketara yang penting buat Speedmaster generasi baru ini adalah pada bentuk bujur sub-dail yang diilhamkan daripada koleksi Omega De Ville. Bentuk seakan bulan sabit pula membiaskan logo Greek “Ω” Omega. Hadir dalam empat variasi yang berbeza, setiap jam tangan Speedmaster ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Idea bijaksana yang sentiasa mencuri tumpuan penggemarnya.
Trivia Speedmaster
• Model pertama Speedmaster diperkenalkan pada 1957, sebagai jam tangan dunia sukan perlumbaan dan kronograf selaku penjaga masa rasmi Sukan Olimpik.
• Nama Speedmaster telah dipilih berlandaskan bezel skala takimeter dan mengikut konvensyen Omega yang digunakan untuk model lain seperti Seamaster dan railmaster.
• Model Speedmaster pertama CK 2915 juga dikenali sebagai ‘broad arrow’ yang direka oleh Swiss Claude Baillod dan sudah memaparkan beberapa model signatur seperti triple-register chronograph layout, penanda indeks yang berkontras tinggi dan kubah kristal Plexiglas.
• Dail adalah satu contoh keseimbangan sempurna dan perkadaran. Diameter case adalah 39mm.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

