Stail Raya Bersama Ceraian Cool Calvin Klein
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioTatkala Lebaran tiba, pastinya gerobok mahu ditambah dengan helaian baharu dan semuanya ada di Calvin Klein!
Selepas berhari raya dengan busana tradisional. Puas sudah bergambar dengan sanak-saudara berbaju kebarung, kebaya atau kurung. Ada masanya kita juga mahu tampil moden pula beraya dengan ceraian yang kasual. Makanya, himpunan musim bunga yang terkini di butik Calvin Klein bisa memenuhi gerobok lebaran anda. Daripada baju-T yang cukup selesa, digandingkan pula bersama pilihan denim nan cool juga seleksi ceraian kait yang ringan sesuai digayakan dalam cuaca Malaysia ketika berkunjungan ke rumah sahabat handai.
Bermula dengan pilihan baju-T yang cukup selesa. Kali ini, Calvin Klein tampil lebih menarik juga segar dengan memberikan seleksi logo-logo yang berbeza-beza. Ia nyata mencerminkan gaya generasi sekarang yang tidak mahu tampil sama dengan yang lain. Ada logo Monogram, Flocked Logo dan Spacing Logo ilham di Calvin Klein. Pilihan rona lembut seperti ungu, biru dan hijau juga amat kena dengan sambutan Lebaran. Ia memberi watak lebih ayu kepada wanita-wanita yang memilih baju-T di himpunan terkini Calvin Klein.
Apalah gaya klasik Calvin Klein jika tidak berbicara tentang kehebatan seleksi denim mereka. Pilihan daripada 90s straight jeans, wide leg mahupun flare mempunyai potongan yang cukup selesa. Tampilkan penampilan yang berani dan menonjol dengan helaian eksklusif ini yang menggabungkan keanggunan klasik dengan reka bentuk terkini. Pilihan sempurna bagi mereka yang menghargai kualiti premium dan fesyen tersendiri sepanjang musim perayaan! Gandingkan celana ini bersama baju kemeja saiz besar bagi mengekalkan gaya sopan tatkala berhari raya. Atau paduan bersama jaket-jaket yang mampu menaikkan lagi seri penampilan seperti kardigan kait hijau daripada jenama ini.
Ceduk Gaya Bintang GLAM dalam persalinan Calvin Klein

Nia Atasha

Tisya Ong

Iman Opie

Ayra Messi
Artikel Berkaitan: Calvin Klein Menyambut NewJeans Dalam Kempen Musim Luruh 2024
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.









