Inspirasi Sepasang Sepatu - Glam Malaysia

Inspirasi Sepasang Sepatu

Kasut Valentino Rockstud

Kasut Valentino Rockstud Multirona

 

Aliran fesyen dan hiasan dalaman yang sering menjadi ilham antara satu sama lain membuka perspektif baru buat Alyssa Mazlan, pemilik Island & Republik menghasilkan sebuah kerusi dari sepasang kasut kegemarannya. Sepatu Rockstud Valentino adalah antara the IT shoes yang menjadi dambaan pencinta fesyan saat ia mula dilancarkan dan masih lagi menjadi kegilaan hari ini. Hadir dalam berbagai laras ketinggian berbeza mengikut keselesaan pemiliknya, perincian stud yang menghiasinya terihat begitu ikonik sekali. Tidak hairanlah mengapa Alyssa memilih untuk mencipta sebuah kerusi yang diinspirasikan dari kasut ini.

 

Island & Republik mengilhamkan sepsang kerusi dari rekaan kasut Rockstud jenama Valentino.

Island & Republik mengilhamkan sepsang kerusi dari rekaan kasut Rockstud jenama Valentino.

 

Hadir dalam dua warna berbeza, Alyssa mengekalkan dna stud untuk memperindahkan kerusi ini. Rona merah saga dibiarkan polos namun bermain panel rona beige untuk melembutkan rekaan kerusi ini. Sama seperti rekaan asal kasut Rockstud ini.

 

Rekaan kedua menampilkan fabrik bercetak geometri gaya tie dye menjadi hiasan di bahagian belakang kerusi untuk memberikan efek yang lebih fashionable. Masih kekal hiasan stud, rona biru gelap menjadi pilihan.

See also
Bold Hues, Trend Hiasan Dalaman Pilihan Tahun 2023

 

red chair

Kerusi rona merah bermain padanan polos untuk menyerikan ruang.

 

Tip suai padan kerusi berwarna terang :

 

  • Kerusi yang berwarna terang biasa menjadi titik fokal pada ruang tertentu.
  • Ia turut menyerlah jika penataan keseluruhan ruang adalah lebih terarah kepada warna bumi.
  • Kusyen rona sepadan adalah idea untuk menampilkan kerusi ini terlihat lebih subtle berbanding kusyen bercetak.
  • Untuk gaya lebih seimbang, bawakan rona merah dalam ton berbeza untuk melengkapi wajah ruang.
  • Mainan rona metalik turut membantu menyeimbangkan kekuatan sesuatu perabot dalam rona terang.

 

blue chair

Cetakan pada bahagian belakang kerusi memerlukan suai padan yang lebih ringkas.

 

Idea menata kerusi bercetak

 

  • Biarpun ramai yang merasakan kerusi berbalut fabrik bercetak boleh mengehadkan gaya sesuatu ruang, suai padan menarik akan sentisa memberikan nafas baru buat kerusi ini.
  • Meja sisi yang ringkas, kerangka keluli dan cermin antara idea suai padan yang boleh anda cuba. Gabungkan bersama lampu meja yang lebih moden dan tidak sarat perincian.
  • Aturkan kerusi sebegini dibawah hiasan dinding yang lebih dominan untuk menyeimbangkan gaya pada seluruh ruang.
  • Mainan kusyen sama da bercetak mahupun polos boleh anda cuba. Jika memilih kusyen bercetak, pastikan ia dalam palet kumpulan warna yang sama. Jika anda mahu menggunakan yang polos, mungkin anda boleh mencuba gaya kontras dengan warna berbeza contohnya jingga.
See also
Sajian - Resipi Istimewa Selebriti dan Chef Sempena Aidiladha