Rekaan Hebat - Definisi Emblem Mewah - Glam Malaysia

Rekaan Hebat – Definisi Emblem Mewah

Definisi elegan berbeza jenama ini sememangnya terkenal sebagai simbolik rasa mewah bergaya. Mainan paten dan corak dalam kontras warna damai dan terang pastinya menangkap pandangan mata.

Pencinta dekorasi pastinya sering mendengar jenama gaya hidup, Versace yang turut dikenali dengan rangkaian kelengkapan kediaman. Musim ini menyaksikan jenama ini menampilkan rangkaian penuh buat melengkapi kediaman dengan suntikan rasa moden klasik yang menebal.

Versace memperkenalkan rangkaian Shadov yang bermain siluet logo Versace yakni medusa yang sememangnya sinonim dengan jenama ini. Tidak hanya terhad pada cetakan fabrik, penggayaan kali ini menampilkan sisi moden jenama berasal kota Milan. Untuk rangkaian Shadov ini, rekaan utama adalah kerusi yang hadir dalam pelbagai spesifikasi berbeza. Ilham kali ini menampilkan pelbagai kemasan dan warna, bakal didominasi buat sesuatu ruang. Untuk ruang yang lebih formal, pilihan rona yang gelap dengan kemasan kulit sebagai refleksi mewah dan elegan bakal mencipta ambien sempurna. Manakala jika anda mahu menggayakan ruang yang santai rona ceria dengan padanan kontras boleh anda cuba. Ia turut hadir alam kemasan kayu untuk yang inginkan gaya lebih kontemporari dalam dekorasi.

See also
Ruang - Ilham Dapur Moden Dan Praktikal

Untuk mempelbagaikan lagi rasa dalam rangkaian ini, Versace menawarkan ajnas seleksi produk aksesori untuk memeriahkan dekorasi untuk yang mahukan gaya senada buat seluruh kediaman mahupun untuk sesuatu ruang tertentu. Seleksi lampu terdiri dari candelier, lampu meja dan lampu berkaki juga lampu dinding untuk melengkapi segenap kediaman. Jika takut terlalu sarat usah gabungkan dalam satu ruang yang sama. Andai anda penggemar tegar jenama ini, katil dari rangkaian sama dalam simbahan palet hitam menampilkan misteri dan seksi di kamar beradu anda.