Related Stories
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioGaun perkahwinan rekaan khas CHANEL yang digayakan Dua Lipa bukan busana pengantin biasa, tetapi sebuah karya Haute Couture yang dihiasi dengan ratusan ribu manik, bulu dan perincian jahitan tangan yang mengagumkan.
Usai sahaja melangsungkan pernikahan disebalik pintu tertutup Marylebone Town Hall London pada 31 Mei 2026. Pasangan terkenal itu meneruskan sambutan cinta mereka dalam sebuah majlis eksklusif selama tiga hari di Villa Valguarnera, Sicily, Itali. Dirakam indah oleh jurugambar terkenal David Sims, setiap detik penuh cinta dan kemewahan. Namun tumpuan utama tetap terarah kepada gaun pegantin Haute Couture yang digayakan Dua Lipa.
Gaun Haute Couture Ciptaan Matthieu Blazy

Setelah tampil dalam Bridal Suit Schiaparelli di majlis pernikahan, Dua Lipa memilih gaun Haute Couture rekaan khas CHANEL oleh Pengarah Kreatifnya sendiri, Matthieu Blazy. Busana berpotongan backless dengan ribuan manik itu menyerlahkan siluet yang sangat elegan dan aura keanggunan Dua Lipa.
Sebuah Mahakarya Yang Dihasilkan Dengan 480,000 manik

Setiap inci gaun itu dihasilkan dengan ketelitian luar biasa di atelier CHANEL 31 Rue Cambon, Paris. Bahagian belakang gaun dihiasi ribuan manik perak dan putih yang disulam sepenuhnya dengan tangan. Atelier Montex menghasilkan sulaman menggunakan lebih 480,000 manik, manakala perincian trompe-l’œil berbentuk permata oleh Lesage memerlukan sebanyak 1,155 jam kerja jahitan tangan. Ketelitian yang luar biasa ini membuktikan kepakaran seni Haute Couture yang menjadi identiti CHANEL selama ini. Kerana bagi CHANEL gaun tersebut bukan sekadar busana pengantin, tetapi sebuah karya seni yang boleh dipakai.
Simfoni Bulu, Tulle, Dan Kemewahan

Bagi menambahkan lagi elemen dramatik, gaun sepanjang dua meter itu diperhalusi dengan 25,000 helai bulu lembut oleh Lemarié. Layah tulle sepanjang enam meter, sulaman manik, bulu dan aplikasi organza yang dipotong secara manual bagi menghasilkan efek yang lebih anggun dan halus. Akhir sekali, penampilan pengantin yang cukup mempesonakan dilengkapi dengan sepasang kasut satin putih rekaan khas oleh Massaro.
Artikel berkaitan: Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Artikel Berkaitan
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revan...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
