GLAM Weddings: Nina Sabrina Ismail Berseri Dalam Busana Haute Couture by Rizalman - Glam Malaysia

GLAM Weddings: Nina Sabrina Ismail Berseri Dalam Busana Haute Couture by Rizalman

Nina Sabrina dan Hafiz Osman melangkah ke alam baharu sebagai pasangan suami isteri. Ikatan cinta yang terjalin kekal bahagia.

Dikenali sebagai anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kakak kepada penyanyi terkenal Dafi. Nina Sabrina Ismail Sabri baru sahaja selamat mendirikan rumah tangga bersama cinta hatinya, Hafiz Osman. Majlis istimewa diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur penuh kemeriahan yang disambut oleh ahli keluarga tersayang dan rakan-rakannya. Hanya dengan sekali lafaz, Hafiz Osman sah bergelar suami kepada Nina Ismail, menjadikan ungkapan selamat yang tulus berisi harapan dan doa bagi kedua mempelai. Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan manis, Nina Sabrina dan suami yang kini bergelar suami isteri yang bahagia.

Nina Sabrina Milik Hati Hafiz, #FromKawantoKahwin,

Nina Sabrina

Dulu teman kini jadi milik selamanya buat pasangan yang sama cantik sama padan. Busana persalinan serba putih yang disarung oleh Nina tampak mempesona hasil jari jemari hautecouturebyri. Dengan pandangan pertama, sungguh terpana melihat seri muka Nina yang cukup menawan dari sentuhan solekan Syed Faizal. Puteri kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga anak sulungnya, kini ditangan Hafiz. Dengan mas kahwin berupa seutas rantai emas menjadi lambang penyatuan abadi Nina dan suami.

See also
Horizon Wanita: Datin Nina Ismail Sabri

Nina Sabrina

Nina Sabrina

Momen indah buat pasangan romantis perkahwinan Nina Ismail Sabri bersama Hafiz Osman menjadi detik penuh makna yang menyentuh hati bagi semua yang hadir. Dalam suasana elegan di Hotel Majestic Kuala Lumpur, pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis akad nikah yang penuh keintiman dan kasih sayang. Dengan senyuman bahagia yang terpancar diraut wajah, Nina melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya, dikelilingi oleh keluarga tersayang dan teman-teman rapat yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Nina Sabrina

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Nina. Beliau sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, pada 11 Disember 2013, namun ikatan itu berakhir pada Ogos 2022. Hasil perkahwinan tersebut, Nina dikurniakan seorang puteri, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia enam tahun. Kehadiran Jeanelle pastinya melengkapkan perjalanan baharu dalam kehidupan Nina bersama Hafiz sebagai sebuah keluarga baharu yang kekal harmoni.

Dalam suasana yang cukup romantis dan penuh makna, Nina lamar di sebuah pameran seni pada 21 September lalu, hasil perancangan rapi Hafiz. Keindahan momen tersebut, yang sarat dengan sentuhan seni dan emosi tulus, bukan sahaja menyentuh hati Nina tetapi turut mengagumkan netizen, yang memuji keikhlasan dan kreativiti Hafiz dalam meluahkan cinta terhadap pasangannya.

See also
"Selera pengantin sekarang lebih pro-aktif" - Mimpi Kita

Artikel Berkaitan: Kisah Disebalik Perhiasan Mewah The Nizam of Hyderabad Cartier