5 Bintang Hollywood Yang Digelar ‘Perigi Cari Timba’ - Glam Malaysia
5 Bintang Hollywood Yang Digelar ‘Perigi Cari Timba’

5 Bintang Hollywood Yang Digelar ‘Perigi Cari Timba’

Kini semakin ramai selebriti wanita Hollywood yang terbuka dengan konsep ‘perigi mencari timba’. Daripada menunggu lamaran cinta hati yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun, lima bintang ini memilih untuk melamar sendiri teman lelaki mereka.

Kristen Bell melamar Dax Shepard di media sosial setelah akta perkahwinan sejenis diluluskan di California.

kristen bell dax shepard
Foto: Kevin Winter/Getty Images

Pasangan popular Hollywood ini enggan mengikat tali perkahwinan sehinggalah semua orang mempunyai hak untuk berkahwin dengan pasangan dicintai. Justeru apabila Mahkamah Agung meluluskan Defense of Marriage Act iaitu rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sama jantina pada 2013, Bell mengutarakan lamaran di Twitter.

“@daxshepard1 will you marry me? Xo #marriageequality #loveislove,” dia menulis. Jawapan Shepard, “Yes!!!!!!!!!!!”

Pink meminta pelumba motocross, Carey Hart untuk mengahwininya pada 2005 ketika sedang dalam perlumbaan pusingan terakhir Pro 25.

pink carey hart
Foto: Rich Fury/Invision/AP

Sewaktu memulakan pusingan ketiga di trek, Pink menayang papan pit yang tertera, ‘Will You Marry Me?’. Pelumba itu tidak berhenti dan tetap meneruskan perlumbaan, lalu Pink menayang satu lagi papan dengan perkataan, ‘Serious!’. Carey menerima lamaran penyanyi itu dan mereka melangsung perkahwinan di Costa Rica pada tahun 2006. Kini mereka dikurniakan dua cahaya mata, Willow Sage dan Jameson Moon.

See also
LV & Tokyo

Britney Spears melamar Kevin Federline pada 2004.

kevin federline britney spears
Foto: Getty Images

Pasangan ini sedang dalam perjalanan dari Ireland menuju New York ketika Spears melamar, jelasnya kepada Entertainment Weekly.

“Secara tiba-tiba saya berkata, ‘Bagaimana jika anda mahu berkahwin?’. Dari situ entah bagaimana saya bertanya jika dia sudi mengahwini saya,” katanya. Spears dan Federline melangsungkan perkahwinan tidak lama kemudian namun bercerai pada 2007.

Dalam tujuh perkahwinan, Elizabeth Taylor pernah sekali mengutarakan lamaran iaitu kepada suaminya yang kedua, Micheal Wilding.

elizabeth taylor michael wilding
Foto: Watford/Mirrorpix/Mirrorpix via Getty Images

Taylor melamar pelakon Britain, Wilding ketika berlakon bersama dalam sebuah filem di England pada 1952. Mereka menimang dua cahaya mata sebelum membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 1957.

Pereka fesyen tersohor, Diane von Furstenberg melamar Barry Diller pada 2001.

diane von furstenberg barry diller
Foto: Jim Spellman/WireImage

Menariknya, Diller pernah melamar Von Furstenberg beberapa kali namun ditolak sebelum pereka fesyen ini mengubah pendiriannya mengenai perkahwinan.

“Suatu ketika, saya tidak tahu hadiah apa yang ingin diberikan sempena hari ulang tahun kelahirannya. Jadi saya menghubunginya dan berkata, ‘Kalau kamu mahu, sempena ulang tahun kelahiran kamu tahun ini, saya akan berkahwin dengan kamu,’” katanya kepada O Magazine. Diller menjawab, “Saya akan cuba mengatur segalanya.”

See also
Demam Filem 'Barbie', GLAM Kongsi 8 Selebriti Malaysia Bergaya Serba Pink

Foto: Christopher Polk/NBC/NBCU Photo Bank via Getty Images

Baca: Idam Majlis Bebas Covid, Gwen Stefani Dan Blake Shelton Tunda Perkahwinan