Related Stories
Rohana Jalil, Dalam Ingatan Penggiat Industri Seni
Alunan merdu suara Allahyarhamah Rohana Jalil pasti akan dirindui ramai terutama sekali buat para penggiat seni tempatan.
Popular dengan lagu Rayuanku, siapa tidak kenal dengan penyanyi era 80-an juga figura ibu hebat kepada pelakon juga penyanyi, Kilafairy, ini. Allahyarhamah Rohana Jalil atau nama sebenarnya, Dara Jalil, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tarikh 20 Jun 2023 jam 11.33 malam yang lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dimasukkan ke hospital semenjak dua bulan yang lalu akibat komplikasi masalah kebocoran usus, Allahyarhamah yang senantiasa ditemani keluarganya di hospital dikatakan mulai tidak sedar sedari tengah hari Selasa yang lalu. Menurut pengurusnya yang dipanggil ‘Jepun’ menerusi temu bual bersama Berita Harian berkata,
Arwah sudah tidak sedarkan diri sejak tengah hari tadi. Selepas melihat keadaan arwah semakin kritikal, doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul di hospital sejak jam 5 petang.
Disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya pada Rabu yang lalu, turut kelihatan bersama-sama buat kali terakhir adalah Khadijah Ibrahim, Fasha Sandha, Tya Arifin, Izara Aishah, Jaafar Onn, Haiza serta ramai lagi rakan artis seperjuangan. Pemergian Allahyarhamah ternyata memberi kesan pedih buat teman-teman rapat. Menerusi perkongsian Kilafairy di Instagram miliknya,
“Hari yang paling saya takutkan telah tiba. Tiada pilihan lain selain melalui dunia yang kejam ini tanpa anda di sisi saya, Mama…”
-Kilafairy
Tidak ketinggalan, rakan seperjuangan, Haiza Hanafi, turut bersedih dengan kehilangan Rohana Jalil,

“Selamat berehat Kak Ana.Allah lebih sayang Kak Ana.Allah permudah segala urusan.Usai bacaan yasin malam tadi untuk Kak Ana kami dikejutkan sengan pemergian akak 🤍🤍
Bila akak bertarung dengan sakit yang akak lalui sebenarnya Allah nak angkat darjat akak.Moga bertemu di syurga kak.Alfatihah DARA JALIL.
Haiza sayang Kak Ana.
Salam takziah Abg Janghir, @kilafairyofficial Dekra Shila @eva_suzie dan seluruh keluarga”
GLAM turut ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah buat Kilafairy sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Pautan Berkaitan: Sembang Raya Bersama Kilafairy
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
